Arwah Makcik Nipah, semasa hayatnya pernah,sambil mengejar aku keliling kampung(exaggerate)
Man.Kalau ku dapat, ku sunatkan kau!
Begitu juga arwah Pakcik Din Jawa. pun pernah berkata,pun pernah berlari mmgejar,aku dengan ayat yang hampir sama.
Begitu juga arwah ninda isteriku,walaupun tidak mengejar, tapi semasa hayatnya juga pernah berkata yang demelian.
Aku pernah bertanya arwah ibu, semasa hayatnya.
Mak Man ini jahatke?
Tidak, cuma nakal.
Habis tu semua orang nak sunatkan Man?
Padaku masa itu sunat ini macam hukum pancung, macam kena guillotine masa revulusi Perancis.
Ibu tidak menerangkan apa itu sunat masa itu,mungkin umur 5 tahun aku belum matang untuk disunat.
Kata sunat ini memang kata ngeri buat aku, masa itu.
Yang peliknya Imam Berahim selalau ajak sebut semahyang sunat Aidil Fitri, Aidil Adha.
Sunatpun nak kena sembahyang dulu.Aku tahu apa itu sembahyang dari segi tonggang tonggeknya, walau tak tahu rukunnya,takat ikut sujud, aku sujud, rukuk aku ikut rukuk,tahyat aku ikut bersila, tak reti lagi aku lipat kaki.Amin aku amin juga,waktu Maghrin dan Isya'
Aku sudah tahu Maghrib dan Isya, kerana biasanya lepas Maghrib, ada makan makan, tak di Masjid, di rumah orang, kalau di rumah orang Isya' aku lanbatlah selesainya.
Aku mula berfatihah dan bersurah lazim, bertasbih rukuk, sujud, iktidal, antara dua sujud,tahyat,setelah aku diketemukan dengan Bilal Sameon,bacanya ikut sebutan je,pandai Bilal menyebut,sehingga twrpahat di ingatan.Bila ku ngaji dan kenal huruf dan sebutannya,baruku tahu banyak yang silap.Bukan salah Bilal, sebutannya betul , cuma pendengaran aku yang tersasar.
Waladdhollin jadi waladbollin antara ya ng silap. Bila ku darjah dua aku diketemukan oleh Ustaz Abdul Aziz, di dinilah letika sesi petang setelah kelas aku mengikut kelas fardu ain dengan lebih tertin.Praktikalnya , teorinya, Bacannya, Masa tu nampa saja terus lekat.
Diceritakan juga antara kesilapan kesilapan lazim, antaranya hayunan tangan ketka iktidal,sujud yang betul untuk lelaki dan perempuan, tempoh rukuk dan sujud yang tepat.
Dan aku praktikkan apa yang diajar, sehinggakan aku pernah berkata pada seorang pakcik,
Pakcik pakcik, tadi masa iktidal pakcik hayun tangan 3 kali, batal tu.
Sembahyang sembahyang tapi mata dan hati berterabur, mujur tak aku sound dalam sembahyang,pakcik tu sebelah aje.
Sekarang nipun masih lagi terabur, cuma jaraknya dekat sikit.
Balik pada kisah aku kena ancam sunat tadi...
Aku suka bedah siasat bahan bukti,tak kiralah anak ayam ke, pokok bunga ke,mujur kucing laju dari aku, mujur angsa sama tinggi .kalau tak nahas diaorang.
Ity yang arwah Makcik Nipah marah dengan ku,anak ayamnyapenyek kena genggam.
Arwah Pakcik Din Jawa dan Arwah Ninda,bila pasu dan pokok bunga, ranap dek garuda aku.