Sabtu, 30 April 2011

maafkan aku

bukan nak mengungkit kisah yang sama, balik balik

tapi aku tak boleh buang letupan letupan dalam minda ini...

apam balik

ini yang ada dalam youtube,,kalau kome terror lagi upload kat youtube...

video Karipap Panas!

apo? sumpah laknat...cer qazaf cer qazaf

di petik dari
http://tuanibrahim.blogspot.com/
quote:
Saya berpegang kepada kaedah asas bahawa sesuatu tuduhan pada peringkat awal adalah tidak benar, melainkan dibuktikan benar. Maknanya dalam keadaan sekarang ia berada pada tahap tidak benar. Kenapa diaibkan sebegitu. Kerana 'kalau benar' akan dibuktikan kemudian.

Bagaimana pula yang membuat tuduhan sanggup bersumpah? Saya ingin agar kita lihat siapa yg membawa wanita itu, siapa yang sedia bilik, siapa yg merakam, siapa yang ada bersama waktu kejadian dan melihat kemungkaran itu. Apakah orang begini boleh menggunakan nama Allah untuk bersumpah, minta Allah agar buktikan?

Dia sepatutnya menentang kemungkaran sebelum berlaku, mencegahnya bukan menyediakannya. Kalau dia seorang Islam dia harus faham bahawa dia mesti bertindak menyekat kemungkaran, bukan memberi ruang dan menyediakan agar berlaku kemungkaran. Kepada saya siapa yg melakukan itu, kalaupun tidak dapat dibuktikan di dunia nanti, di Akhirat akan terbukti jua!



unquote


satu lagi
quote
Bagaimanapun dua tokoh agama iaitu Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria dan Dr Badrulamin Bahrom berkata cara terbaik menyelesaikan isu video lucah adalah mengikut syariat Islam iaitu dengan menfailkan pertuduhan qazaf.

“Kalau semua orang boleh bersumpah (laknat) saja,  ramai orang yang boleh melakukannya. Takut apa sumpah ini,” kata Tan Sri Harussani kepada TvSelangor.

“Selepas dia membuat tuduhan orang itu berzina,  dia perlu kemukakan bukti bukannya bersumpah. Menuduh orang berzina itu maknanya qazaf, qazaf ini bukan bersumpah tetapi perlu bawa bukti,” tambah beliau.

Mengulas lanjut sumpah laknat yang bakal dilakukan oleh Eskay, Harunsani berkata cara itu selalunya membabitkan pertuduhan zina antara suami isteri.

“Selalunya orang yang membuat sumpah laknat ini adalah kalau pertuduhan Li'an iaitu suami tuduh isteri. Qazaf ini,  kalau dia (trio 'Datuk T') tidak boleh mengemukakan bukti, ikut hukum Islam dia (trio 'Datuk T') yang kena sebat. Itu saja hukumnya. Sebab itu tidak semudah ini untuk menghukum orang berzina,” kata Harussani.

Penceramah bebas Badrulamin menegaskan sumpah laknat jelas tidak sesuai digunakan dalam isu video lucah dan ia akan hanya mengusutkan keadaan.

“Sumpah laknat dalam kes video seks ini tidak menurut ajaran Islam dan hanya menurut logik dan akal manusia. Ia tidak akan membantu menyelesaikan masalah yang sedang berleluasa dalam masyarakat kerana andai kata kedua-dua pihak sanggup bersumpah ia tidak akan selesaikan sebarang masalah,” kata beliau. 

“Jika kita hendak menghentikan fitnah yang sedang melanda ummat ini hanya ada satu jalan iaitu melaksanakan hukum Qazaf,” kata beliau.
 
unquote



Jumaat, 29 April 2011

dah agak dah

Jihan

klip Annuar Hussaini

annuar 1

annuar 2

Video Seks Anwar Anwar's sex video ...pengikut tolong jangan buka. follower please do not open

mana maunya...
where you want?

saja aku nak tengok berapa yang cari ..
I just want to see how many are looking for it
sila tinggalkan komen anda..
please leave your comments

err..kalau boleh klik nuffnang tu sekali..
errrtr. if possible please click on the nuffnang ads in the mean time.
dah ...
finish.
selamat menjamu mata dan minda anda..
have a nice  ration for your eyes and mind

kenapa cina buta? kisahnya....

aku orang malaysia, biasalah orang malaysia kalau tak cukup daya imaginasinya , bukanlah orang malaysia..

kalau aku kata aku orang melayu, kang ada yang kata aku rasis, ada yang kata indiapun sama , cina pun sama, jadi aku kata orang malaysia.


tak ,korang kata?

apa maksudnya?

aku orang malaysia, jadi aku imagine yang apa yang cuba kau tidakkan adalah keupayaan berimagin tu.

barangsiapa yang tak ngaku boleh berimagine, maka dia adalah bukan orang malaysia

kenapa cina buta?

sejak melayu menerima islam, tak kiralah bila atau dari mana, ada yang kata dari sana ada yang kata dari sini..situ, sinun..


apa yang nak aku pentingkan benda di bermula di melaka..aku orang malaysiakan, ini imaginasi aku.

kenapa melaka?

sat lah.nanti aku habaq mailah. bagi aku cerita dulu.aku kan ke orang malaysia..

di melaka, ada cina ada india ada melayu, portugis belum mai lagi
masa belum tiba islam, cerai talak infiniti, mana ada limit,agak bila angin sikit, bila masak sayur bayam tak letak belacan, talak,kopi sejuk, talak, ubikayu rebus keras, talak, tak cukup foreplay talak....
aku orang malaysiakan.

itu siang, malamnya, mulalah, cari bantal peluk, peroi semacam, tak kick.

esoknya terserempak andehnya masa skodeng kat tepi sungai..

slow talk, slow talk, bawak balik.

dan..aktiviti sorok dna berlaku..
tu masa islam belum sampai

bila islam masuk
andeh kata
mana boleh..
awak gatal talak kita sampai 77 kali..

maka bersayembaralah bekas suami andeh ke sana sini. sehinggalah ia tiba di sebuah masjid, ada ngaji munaqahad, masa tu,
bab talaq.

berkatalah daei tersebut, barang siapa yang telah mentalaqkan isterinya lebih dari 3 kali , maka hanya layak rujuk dengan bekas isterinya setelah isterinya dinikahi  dan ditalaqkan oleh suami barunya...

masa tu tak sempat daei tu tiba ke bahagian wanita tadi perlu di semai bagai ladang yang baru di kerjakan, barulah namanya nikah., bekas suami tadi sudah ghaib, cari bakal tag team partnernya..

mula mula terserempak dengan kerabat mendaliar...
fikir punya fikir...bekas suami tak jadi ambil kerabat mendaliar,
kamu orang malaysiakan, aku biarkan kamu imagine sendiri kenapa tak jadi

jalan jalan lagi jumpalah kerabat cheng ho..

terfikir bekas suami tadi, aku tahu asal usul dia, dari yunan, tempat moyang aku,

maka diperikan oleh bekas suami tadi pada kerabat cheng ho, satu persatu,maka menangislah kerabat cheng ho tadi berpurnamalah juga, sehingga akhirnya buta matanya, setelah buta, maka dinikahkan dengan andeh.,seperti kata MOU, maka selepas subuh di talaqkan si andeh tadi, maka girangnya bekas suami tadi, setelah tammat edah, maka bekas suami tidak lagi jadi bekas, upgrade jadi suami.

sekian adanya.

aku orang malaysia..aku rasa cheng ho tak sempat  nak kerjakan semai benih di ladang baru, kalau sudah mungkin andeh akan koyak koyakkan MOU biar terbatal..

aku orang malaysialah...punya imaginasi..

sekarang jangan buat perangai, semua orang tahu, ladang perlu di semai benih dahulu..

faham tak?
tak faham?

buat buat faham  dah la...bukan masuk spm pun..

versi yb 

Pssst...abang mau cerita senang faham ka...??

apa tu?

itu main...main main punya maaa..

blue ka?


tak mao la...


saya hari hari tengok maaa...

open food court pun boleh...
boleh meei

boleh...
mana meei

berita..tv 3 pukul 8 mlm..

Cilaka itu sk...

apasal pulak...
dia sudah kacau periuk kue tiaw gua maa...

habis jumaat aku ..

Khamis, 28 April 2011

Recap ML

jin kali wa...jin kala jin kale kale wa cipule cikedung...honesty is sich a lonely word



aku confused
agak agak anak anak yang autism ni tak mengerti apa yang berlaku ....

lepas ini , itu, lepas itu, anu, lepas anu,...jin kaliwa...jin kala....oh yeah oh yeah.. you gotit..bebeh

Semalam lagi aku nak buat kisah ini, aku dah publishpun, bila dah publish, aku baca aku menyampah dengan edisi tersebut, aku draft balik..hari ini lepas zohor, lepas tunjuk langit dah mula tidak menguasai aku..selepas..tenang setenang air yang ada buaya,,,


biar aku bercerita sekarang.
Ku tak kisah sangat anuwar ke Y ke siapa ke dalam video.Itu kita ada undang undang, biarlah prosiding mengambil fasanya, waktunya, jalannya,kisahnya, hansardnya,keputusannya.

yang aku kisah adalah, bukan ke kes ini masih lagi dalam siasatan?
kenapa nak minta pandangan orang ramai , respon orang ramai dengan mewar warkan di media masa ketika waktu siaran top slot?

apa orang ramai tu hakim ke?

katalah

aku kata katalah setelah habis perbicaraan, mka hakim akhirnya buat keputusan bahwa Y itu bukan A..

agak agak  reputasinya A boleh dikembalikan ?seperti masa aku lihat dia di tahun 1980 an?


ini berita ke atau rancangan porno?
ini suratkhabar ke buku lucah bergambar?

hey, aku bukan penyokong fanatik dia, aku penyokong fanatik kebenaran
aku tahu dia bukan maksum
demi kebenaran, biarlah kes ini diadili dengan selesa dan jayanya tanpa unsur dan pengaruh luaran yang tak berkaitan..

mana perginya everyone is innocent until proven guilty?

ke dah tak pakai lagi..

anuone is guilty until proven innocent?

amal makruf nahi mungkar?

sekiranya T itu buat kerana etika, sepatutnya masa A atau Y  nak... ..nak..bukan dah masuk pedangnya dalam sarung melepasi tahap mukhasyafah..
sepatutnya masa sebelum masuk bilik lagi..
salah seorang T yang ada kat situ..
berkata..

La taqrabuzzina...A atau Y.....

betul kata zam , busuk politik ini, busuk tahap membunuh..membunuh nilai kemanusiaan.


Aku rasa begini..

A tau Y tu bukan nak sangat tapi T beria ia benar nak belanja

Kemonlah Y...ko tak ada "cincau" ke? satu malaysia kata kau ni "homosapien"..kau ni kaki "lawat", kau ni tak de nafsu pada hawa,,

sekarang ni lah peluang kita nak buktkan bahawa "cincau" kau tu tunjuk langit juga..terhadap  spesis kromosom XX


Ko jangan risau. lepas ni aku kasi sebar satu dunia  melalui you tube...

Ha ha  Ha Ha...gelak "isetan"

Tapi aku tak mahu "Zeenat Aman.."

Ape ke bahalol ko ni...
 Kau tak payah cocok pun...kita buat dan sunting supaya bila orang lihat je klip ni...orang  kata kau buat , "cincau" kau masuk sarung...


Eh boleh ke?

Ko tak tahu orang malaysia ni ?...
kaki imaginasi nak mampos, baru baca izin dalam paksa, dah lencun basah dipaksa.

trust me, kemonlah .. ini SK  lah SK..

"aku syak la. aku kan orang malaysia...."

kalau ada masalah tikus tak guna bela kucing, bela vietnam, kucing dah tak makan tikus, vietnam masih lagi

aku syak salah satu sebab mengapa pekerka malaysia diketepikan.

Rabu, 27 April 2011

kentang putar vs nasi lemak

amacam makcik kantin...cer jual ni pulak...

kalau nak power lagi cer jual mee wantan

lepas ni nasi ambang, nasi lemak berlauk, keropok lekor,cokodok,  lempeng,...


halus je dia pasang jarum...

Nora danish di ML minggu 4


saudara sesusuan

ingat aku kisah ini...
aku syak ustaz cerita buat lawak je....
katanya...

ada kawan dia yang baru mendapat anak...
orang lain gembira dapat anak sulung

dia sedih

di tanya kenapa

dia kata dia saudara sesusuan dengan anaknya...

memang aku mati mati ingat betul

hanya selepas aku menghadiri kursus nikah

baru aku tahu kisah sebenarnya

puh..selama itu aku dalam kesesatan...

hajat tak kesampaian

pagi tadi sebelum subuh....

bagus punya parking...
aim tepat tepat...


tetiba black out...

kensel hajat...

mana maunya  hanya dengan kilauan api dari lighter....

panas jari oi...

nak, kalau singgah kedai Subaidah tu, kirim salam kat makcik ni

pesan aku pada anak sulongku yang mengikuti rombongan ke MITC Melaka,kemarin, sambil tunjuk gambar profile blogger


malam tadi, jam 1.30 pagi bas rombongan  sampai di pwerkarangan sekolah sepulang dari lawatan.
kami ,aku, maknya, adamnya yang tak habis habis cari alongnya,along mana along mana,annuarnya yang celik malam, bergerak ke sekolah, jemput along.

setibanya dirumah


terlupa pulak tanya......

nanti balik sekolah ,kita tanya..

karang...sekarang

hantar sampah kat tong depan sana...


karang..
sekarang
karanglah
sekarang...!
karang!!!!
sekarang!!!!!!

dia nak 1 karang
aku nak banyak karang

kalau sekarang
i bagi you karang( alahai manje nya bunyi)




alamak dia pakai kuasa veto...



okay okay sekarang ..sekarang...sekarang juga....

Johari menikam

Ini bukan lucah
Relax bro/sis.

Apa? nak buat aduan kat KDNK?

Mane maunye.

Baru baca tajuk dah pegal linu..

Ini kisah Johari dan serampangnya
memang serampang betul
menikam ikan di celah celah batu
memang ikan
memang batu

dapatlah seekor
memang seekor
lalu disiang
memang siang
dikunyit digaram
memang kunyit..(thanks Tuan Al)
memang garam

laludihidupkan unggun api
memang api
dan disalai ikan tadi
memang ikan
memang salai


memang payah nak verify every word
every sentence

Apa awak ingat awak tu baik sangat?(kata orang kedua)

tidak aku tidak baik sangat, juga aku tidaklah baik sikit.bukan soal aku baik kamu jahat, atau kamu jahat aku baik, eh silap, bukan soal aku jahat kamu baik..

aku yakin setiap anak yang dilahirkan adalah umpama kain yang putih.
ibubapa yang kasi maintain putih atau kasi warna atau kasi kotor...

dengan ihsan Allah kain yang telah berdanor sekian tahun akhirnya kembali putih sepeutih asal apabila hijab dibuka ..

bedekad bergelumang dengan najis kekafiran,akhirnya dengan satu detik sahaja apabila hijab dibuka..berpaling 360 darjah ke arah kebenaran.

Jangn angkuh, jangan bongkak, sedetikjuga bisa menjerumuskan kita ke jurang tak berhujung.


Ingat aku kisah adik beradik yang berlainan  cara kehidupan, seorang ahli maksiat, seorang ahli ibadat, akhirnya ahli maksiat jadi ahli ibadat dan ahli ibadat jadi ahli maksiat.satu detik sahaja.
Hancur lebur amalan bertahun tahun.

Tapi ada sambungan dari situ

Ahli ibadat beribadat bukan untuk syurga, bukan untuk rezeki, bukan untuk kesenangan akhirat juga dunia.
Tapi ikhlas kerana Allah
Hatta dicampak ke neraka jahannam sekalipun dia redha,kerana dia ikhlas, bulat dan total kerana Allah, walau apa jua yang diterima.

Selasa, 26 April 2011

Seandainya Y bukan A

aku ambil jalan tengah.sebab aku tahu shling ada dua belah, satu kepala satu bunga..

aku bukan kasyaf,tengok muka dah nampak apa yang tersirat.


Tahun 80. DSA pernah datang ke satu majlis yang aku hadiri..
 juga aku pernah hadir usrah mingguan di Markas ABIM

Tamparan hebat padaaku pada tahun dimana Sukan Commonwealth dianjurkan di sini.

Dua dua idola aku berentap.

Aku amat tertekan.

Memang aku buntu.Sampaikan aku rasa hancurlah masa depan negara.

Makin tahun makin berubah DSA aku lihat dari sudut mata seorang yang pernah jumpa dan kenal secara luaran.

Tapi aku bukan dia.

Mungkin aku juga akan betindak lebih dasyhat lagi sekiranya ku  melalui pengalaman seperti nya.

Semasa dia di Baling,aku masih lagi darjah dua.


Andainya....

Isnin, 25 April 2011

Fungsi bulu ketiak

Jangan buang sayang, jangan matikan sel sel rambut itu


trim aje...

fungsi utama adalah memindahkan haba dengan efektif

ia merupakan unjuran bagi menambah dan meluaskan permukaan efektif .
Ia bertindak seperti fin pada gegelung radiator

Sudahlah namanya arm pit, kawah lengan, panas terkuap tidak dapat dibebaskan..

Sayang, really i suka pokok pisang kipas...

You malu, so jangan pakai sleveless atau singlet lagi...maupun sleeve bore besar.

Akan datang doktor akan menceritakan fungsi komponen manusia yang lain...


ps...cabut armpit hair...sunat...bulu kening,tak boleh yang...

Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sunnah fitrah itu ada lima atau lima dari fitrah adalah berkhitan (sunat), mencukur rambut kemaluan, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan menggunting rambut atau kumis” (HR.Bukhari, no.5590).

Thanks Shinju

apa poke poke...nak kena lepoke?!!!

mazaruddin poke you

mahathit M poke you

sameah poke you

message tak leh ke?

tujuh

tujuh petala langit
tujuh petala bumi

tujuh anngota
tujuh makam nafsu

tujuh putri ulek

tuhuh hari dalam seminggu
penghulnnya jumaat

tujuh ahli keluarga ku.

usop wilca pkcik scha


doktor kata rokok boleh mengurangkan syahwat

ye la doktor...agak agakla kalau nak klentong....

merokok sama kesan dengan berpuasa?

doc, i think you gave me the wrong medicine

ubat sepatutnya untuk mengawal gula,nenurunkan tekanan,mengawal sawan,cairkan darah...
tapi kenapa effect macam makan makjun  cap 2 tupai + tongkat ali rainforest + tunjuk langit

aku rasa dah dapat break through
dapat alternative untuk viagra

epilim +coversyl +glucophage  + cardiaprin

selamat mencuba you all.

Ahad, 24 April 2011

di mana dia kini?

lagu putri ni lps baca komen msom...thanks..@1 pagi 25.04

Jope sebelum jambu


gandingan toke dan yus

Telur dan Annuar

Assalamualaikum

Kali Bapak ingin menceritakan kegemaran Annuar.
Hampir minggu kedua routine hariannya,malamnya,telur,telur, telur,telur dan telur

Seminggu 3 papan telur,kami beli dari Kips mart.
Goreng,tak mahu. Wajibnya rebus.
Fesennya, masuk telur dalam periuk dan rebus terus.
Supaya tidak dinoda tahi ayam, sepapan sepapan kami basuh dan letak kembali ke papannya.
Setelah direbus, pandai dia mengangkat periuk panas tadi ke singki, dan buka pili air.Setelah dingin, telur telur tadi diketuk ketuk di kabinet bersalut mamar.Siap di kopek, lalu ibunya atau nakciknya ditarik ke dapur. Diselangkarnya rak rempah,cari kari ikan,atau kunyit serta santan.

Jangan digoreng telur rebus it,marah bukan main dia,sambil,NO,NO, NO,NO..

Kalau 8 biji yang dihulurkannya,8 bijilah saja yang boleh dimasak.

Selebihnya untuk ration malam.

Bila siap,telur tadi di kapit dengan roti gardenia,

Kadang kadang di taruk sos lada hitam,kadang kadang dituang minyak zaitun,kadang kdang gitu sahaja.

Sabtu, 23 April 2011

Nak Tijah

Seorang gadis.....

berdiri di bus stop

bersebelajan sekolah isteri

jam 8 malam

masih beruniform sekolah

Seorang blogger bersama isterinya,

seorang pembaca blog

bersama anak  mereka  yang seorang penumpang blog ayahnya

kebetulan lalu

di hentian bas yang mula dipenuhi

pekerja  yang hanya nampak baju

itu anak murid saya, kenapa tak balik lagi?

cer tanya cer tanya

maka blogger tadi menghimpt kereta di hentian bas yang dihurungi

pekerja yang nampak baju, juga gigi,juga mata putihnya

Tingkap sebelah kiri diturunkan

Tak balik lagi Khatijah?

Tunggu ayah cikgu..

Naik kereta cikgu, biar cikgu hantar pulang., nanti talipon ayah

Dan masukhlah Khatijah kedalam JLC hitam .

Nak Tijah, ambil talipon pakcik, talipon ayah kata cikgu hantar balik.

Sambil pemanduan diteruskan ke rumah Nak Tijah.

Nak Tijah, lain kali kalau dah  gelap, talipon ayah suruh jemput di Shell atau Petronas sebelahnya

pesan blogger

Terimaksih pakcik, cikgu.

Sama sama Nak Tijah

Aku tak mahu lihat di dada akhbar,esoknya

Seorang remaja perempuan di temui mati dalam keadaan bohel di kawasan semak berhampiran kuaters TNB Pasir Gudang

Sabtu 21 April, 2011
Pasir Gudang
Seorang..............................

Aku kebih rela

Seorang lelaki cedera



Sabtu 21 April, 2011
Pasir Gudang
Seorang...........

Aku tak menyalahkan aktiviti koko yang mengheret pelajar sihingga ke petang.

Aku marahkan siapa yang bertanggungjawab tentang iluminasi di kawasan itu.

Tambahan @2041pm

Bukan masalah dihurung pekerja yang nampak bajunya,putih mata,dan gigi,kebetulan di pasir gudang ramai pekerja yang diimpot masuk dari India Selatan.
Masalah risiko dihurung oleh mnusia.Walau apa jua warna.Lebih selamat dihurung semut.

Tribute to Alex ML

Bak kata david Teoh
 kuda lumba walau dah depan masa awal, tapi mesti depan di garisan penamat.

Andainya Alex makan budu?

Jumaat, 22 April 2011

timun raut kancing kambing

kenapa saya ulas begini
lps translate:susah, juri cuma 50 %,lain semua sms toke toke yang minat dia,mungkin tak faham cakapnya, tu yang tak berapa kelakar, tapi mereka faham, tu yang kelakar gila bagi mereka. bak kata buruk kata orang tapi cantik pada dia.

saya akur kehendak majoriti sms..sebab saya tak sms siapapun. tak ada duit mereka banyak duit

 cerita silam.....
satu tika dulu asal tukang karut dikir dalam kaset sebut timun raut kancing kambing,sharif ahmad dari besut gelak guling guling,norsobri dari pasir mas ketawa guling guling, termasuk abdul jalil ali dari seberang takir, juga mohd fikri dan shamsul bahari sallehh dari kota baru..

apayang lawaknya.

kamu tahu tak kancingg kambing tu apa?

hapa?

kayu ikat tali kambing yang dipasak di tanah


oh,pancang kambing.

kenapa lawaknya?

cuba kau lihat ini...dilukis..


dan aku juga ikut guling guling ketawa macam mereka..

rupanya ada tersirat balik tersurat..

sebahagian lagu itu

masa mek kecik kecik
ayah tok hairan mek tok se pilih laki
tapi la ni ayah dok hairan pelik pelik malam bunyi
ayah jumpa timun raut kancing kambing

la la la laala laa la ala l al a,,,masin


dan baru kutahu amir juga lawak..kelah mu.

lama sebelum muniroh, ada fatimah bobby and the gang..

Tribute to Amir

no wondder lah...

siapa pula Gomoman ni?

video

mentara negara ni masih utuh, mentara negara ini masih stabil, kita layan video ni...kalau nak save , save le.. esok..esok boleh nonton..


video

Khamis, 21 April 2011

meny

sapu=====menyapu
sampah===menyampah?
sebat====menyebat
sabit=====menyabit
selit=====menyelit

Rabu, 20 April 2011

pantun kecil

sedar tak sedar
dari kecil kita sudah berpantun...kerat kerat
antara yang famous

pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas

Egg is telur,wood is kayu,when i tidor, i minpi you..


ataupun
air pasang pagi
surut pukul lima
nyonya bangun pagi
siram pokok bunga

pokok bunga melor
tanam tepi kolam
.itek bertelor
ayam mengeram

 sebenarnya lagu..tapi jadi mantera semasa main sep sep..sep..tom tom.. tom..

banyak lagi...

enjit enjit semut..siapa sakit naik atas..
ada permainannya juga...tangan yang di bawah akan naik ke atas..

dia datang dengan lenggang lengguknya

Selasa, 19 April 2011

video klip shida...tak pa...tak salah

http://www.youtube.com/watch?v=HV7IW3n5oWs

kenapa le aku nengok ni aku tak ingat shakira

aku ingat  mak budak kat melaka..????

annuar dah ada FB

pre dan post

Sebelum pilihanraya
Free Malaysia  kata DAP 14
termasuk Bukit Kota
PKR  Batu Lintang  dan  Kerian

selepas pilihanraya DAP 13
 tolak Bukit Kota
PKR  Batu Lintang  dan  Kerian

Not bad, not bad at all.

40 hari

aku diberitahu setiap makanan atau minuman yang haram masuk ke perut anak adam, selama 40 hari amalannya tak diterima..
antara yang diharamkan adalah babi, anjing ,bangkai yang haram(haiwan yang disembelih tidak ukut syarak,tak termasuk ikan dan belalang),haiwanyang diharamkan syarak memakannya)khamar dan seanteronya.yang ini kerana ainnya,bagaimana pula yang dari segi hukminya, sepert dari hasil judi, rica,mencuri, memeras, rasuah dan seanteronya.


40 hari juga embargonya, aku diberitahu.

tak terfikir nak buat R&D?
kita set bahan ujukaji , dari manusia, dengan julat 40 hari,spesimen A perlu melalui peroses purification,dari semua yang haram,setelah cukup 40 hari, sampel darah diambil, Analisa DNA nya.Rekod dan simpan keputusannya.

Sampel B, setelah purification 40 hari, di beri makandari hasil judi pula,pada satu hari itu sahaja, dan di ambil sampel darah,analisa DNA,simpan rekod setelah itu kembalai ke purification stage,cukup 40 hari lag, amil sampel darah, aanalisa DNA,simpan rekod.

Begitulah seterusnya dengan semua sampel,ada yang dgn khamar, ada yang dgn hasil rasuah , ada yang dgn vavi, ada yang dgn anjing, ada yang dengan tikus atau kucing, ada dgn ayam petok leher, ada yang dengan dgn itek penyek dek lori,etc etc,prosedur yang sama seperti sampel B, analisa DNA dan simpan rekod.

Kenapa nak buat semua ini..?Bukan untuk orang Islam yang beriman, tapi untuk buktikan pada semua yang tidak beriman..

Aku rasa amatlah lebih afdal dari analisa video, ulang tayang berkali kali, sampai kini tiada kesudahannya..sampai naik longgar lutut penganalisa.

Apa kehenya, Datuk T mungkin akan dikenakan tindakan? Apanya mungkin mungkin,mungkinkah...

Cer fikir cer fikir
Datuk T dedahkan demi kebenaran.

Demi kebenaran sanggup mengharung lautan api, takkan tak sanggup kena penjara, denda bagai?Demi kebenaran.

Sampaikanlah walau terkena batang hidung sendiri
Sampaikanlah walau sepahit jadam.

Sampaikanlah.


Sampaikanlah salam....


Woi mengkeme...kata duit dah tak ade, cer buat keroje efisien sikit..Deghah sikit, ini terhayuk hayuk, mate ke mane...?

Itulah gunanya ugama educsien..

berjangkit dari PK yang ada R kat depan la ni...

import export

dari ymail ke gmail
export blog y mail dulu ke tempat selamat.aktifkan gmail invite, create gmail account...dan seterusnya..






























Isnin, 18 April 2011

mari mengkaji :vietcong

aku peratikan tiap sabtu ahad,pekerja vietnam akan bergerombolan  lelaki dan perempuan akan berjalan dari satu padang ke satu padang dari bukit layang, sehingga perjiranan, di mana ada rumput dan pokok dan tumbuhan di situ ada mereka,sehinggalah di taman cendana, berhadapan seberang jalan maslee, mereka akan berpiknik.
duduk ramai ramai, bincang hal apatah, tapi masing masing keluar hasil carian mereka, aku konsentret dengan daun dan rumput, aku tengok mereka kirai kirai dan letak atas kertas suratkhabar,ada yang dimamah,aku pernah bertanya dengan seorang mereka semasa sedang terbongkok bongkok menyisir rumput, looking for what?
medicine...aku syak, mereka nak cakap ulam..Dan bila hari gaji mereka , mereka akan duduk di restoran mamak,nasi secapuk, sayur menggunung,tinggi..
.


Selain dari rumput, daun...mereka juga gemar tikus...yang ni akr pernah lijhat mereka ketang sini ketang sna menangkap tikus......kucingpun . aku dengar......anjingpun...aku dengar...gamaknya pasal tu deme cari ubat tiap sabtu ahad...

Ahad, 17 April 2011

kita tak rajin mengkaji

kalu kita rajin

mesti kita tahu kulit manggis banyak khasiat,mesti lita tahu kulit rambai banyak khasiatnya.....kalau kita rajin mengkaji...tak mustahil...kulit jering pun ada khasiatnya selain dari kulit petai..

Lu ingat lu sapa.. r, nak bagi bagi syarat

lu nak tipu sapa jo...

dulu kan main sayang dengan tuan lu..siap ajak orang berkumpul kat mahkamah masa tuan lu kena bicara.

sekarang ni lu gigit balik tuan lu...


dahlah  ..cukuplah...

wilcha

http://www.youtube.com/watch?v=ez6GD7KdrsA&NR=1

http://www.youtube.com/watch?v=skn_pF_BmSQ

http://www.youtube.com/watch?v=aktvH7YaFi8


http://www.youtube.com/watch?v=YUrvZkebKk0  terasing di bumi sendiri usop sebelum berwilcha

http://www.youtube.com/watch?v=v9m3w4kqMsY

http://www.youtube.com/watch?v=fCjKGbE236w

dah menang

hah..tunggu apa lagi....rentikanlah yob..parti marti tu...udoh pergi buat keroje...

jambatan dah siap?, dewan sekolah dah buat?, jalan dah tar?rumah rakyat dah siap?kunci dah bagi?dah ucap terimakasih pada pengundi, dua kali tau...satu kerana sokong hangpa...dua kerana datang mengundi

macam sms maharaja lawak

ada yang heran ...camana yang kelaut..bak kata apek...masih lagi ada minggu ke 4...silap silap..menang budak i am sorry...

nak kata apa...

puok yang sokong...konsisten bersms.....

mari kita kaji...

budak ini...comel...

dia berdiripun dah senyum orang...

macam kita lihat..budak budak tahap masih mumaiyiz....kiut...


yang kat rumah suka.....

pedulilah juri kat studio tak suka.....

satu analisa

ada kalah ada menang

biasa diungkapan oleh yang menang kepada yang kalah..


yang kalah:     babby lah.......tipu                  tipu     cer kira balik                 cer kira balik     cer kira balik......kalau tak ...kami tak balik.............................


yb(yg. berhormat), tak balik tak apa.....lu duduk sana makan mee kolok...sedap wa cakap lu....wa  rekemen...gerai junaidi kat tepi pasar miri....    

http://khairulryezal.blogspot.com/2011/04/budaya-samseng-pgayr-inikah-yang-mahu.html

Aku: satu dua tiga lekuk...jantan betina aku ketuk.......

Sabtu, 16 April 2011

masukkan dailoglucu ii


Pak Ngah:  :Tuai padi antara masak
Mak Ngah :Esok jangan layu layuan
Pak Ngah : Intai kami antara nampak
Kami semua(Korus) :Esok jangan rindu rinduan....

Pak Ngah:.......??...siapalah pulak nyampuk...?
Mak Ngah....siapa lagi...follower blog al lavendarilah...

Jumaat, 15 April 2011

Desperado

mengutip bro yang iras muka aku(deme kate ler, aku tak nampakpun persamaan) dari tempat persembunyian,dan buat conference di tv..2 hari berturut-turut


buat aku fikir...dan bertanya...
siapa yang desperade sebenarnya?

kan ke dia lari dari bail?ker dia cuti makan angin?

aku suka meyelam

maaf ya, aku suka menyelam

sekiranya anda menrima laporan ngatakan aku hadir di muka laman anda yang dahulu dahulu.

i am guilty as charge,




sila abaikan

aku bukan datuk T
aku juga bukan wikileaks

bukan juga SB
atau CIA atau MOSSAD

intipati,bumi,masjid,kebersihan,aktiviti,adab,jamaah

Bumi adalah milik Allah, kita menumpang saja d atas nya
Ada masjid didirikan dia atasnya juga, tempat kita bersolat,
Ia perlu bersih dari najis dan kotoran.
Kebersihan adalah tanggungjawab kita bersama selain petugas petugas kebersihan,
Selain dari ruamg solat, tandas dan bilik air masjid perlu bersih,begitu juga persekitaran majid termasuk ruang aktiviti.
Kebersihan perlu di jaga.
Antara yang dianjurkan adalah aktiviti keagamaan.

Bahkan kita juga perlu menjaga adab bila menghampiri masjid, berwudhu, langkah kanan , doa iktikaf dam beramal, termasuk solat tahiyatul masjid, mengaji al quran,solat sunat.dan seumapamanya

Dilarang umpat keji, hal hal  keduniaan

Juga janganlah ada dua imam dalam satu solat fardu ,serentak,tunggulah yang pertama selesai salam barulah iiqamat untuk group yang kedua.

Khamis, 14 April 2011

itu bukan kite tau


kite tak pernah masuk tv
rambut kita lebat lagi dari  dia.

Rabu, 13 April 2011

FINAS tutup.......PRU,PRK Lights!..Camera ! Action !

Dont get me wrong,chewah...nak beromputehlah pulok....


Sejak tertubuhnya Finas, aku rasa kita mempunyai sutradara,juru sunting, penulis skrip yang amat berklibar.


Mampu menghasilkan filem  yang boleh dikatakan bermutu.

Tapi menjelang PRU dan PRK  kepakaran sutradara ,jurusunting penulis skrip sudah mula terpamer di internet melaui vid klip beberapa minit.

Apakah kepakaran tersebut dari orang yang sama ,atau  dari wannabe,yang mendapat laba yang lebih dari  pakar di atas.?

Bukan sahaja vid klip pendedahan juga vid klip serangbalas terhadap  pendedahan, juga srangbalas ke atas serangbalas terhadap pendedahan

Malaysia boleh!

Sayang,,,kalaulah vid klip ini boleh dipertandingkan di Cannes atau US Film Festival,mau rasanya menggondol beberapa awards.

Aku bukan nak memihak kepada  si A atau B.

Tapi sayang idea dan kepakaran di salah gunakan.Bukan untuk menghasilkan  seni yang boleh memberi kebaikan kepada manusia.

Masing masing jadi enau,pentingkan diri masing masing, akibatnya masyarakat makin berpecah,dan ada gergaji dua mata, yang akan menangguk di air keruh...
Akhirnya yang menang jadi itu, yang kalah jadi ini...

Berpendirian

Baca blog orang ni...aku nak cam dia,
baca blog orang tu , dah nak macam tu pulak.

Ada pendirian....Aapa pula takda....

Ada....
Asal nampak yang lebih baik aku nak jadi lebih baik.


Bukan pendirian ke tu?


Cer cerita...cer cerita....

KomenSen: MARILAH MASUK CONTEST KE - 2 ANJURAN KOMENSEN.

KomenSen: MARILAH MASUK CONTEST KE - 2 ANJURAN KOMENSEN.

kalau pergi kuala kubutulis nama atas batu

masukkan dialog lucu



Pak Ngah :Assalamualaikum ya Babussalam,selamat hari jadi,anje,,,,on malam  ni?

Mak Ngah: Waalaikumussalam Ya SaiyidulAmin,Terimakasih...kande......on......!

halwa

selalu aku dengar radio sinar dalam kereta ketika pemanduan


antara segmen, lagu merapau mat saleh, ad juga dua tiga kali berduet dengan jane jenab

duet mat saleh dan jane jenab

Selasa, 12 April 2011

Di mana ada tasek di situ ada dia

kalau anda pernah tiba di pasir gudang, ada dua buah tasek, sebelah menyebelah,,satu berhampiran masjid belah kiri kalau ngadap masjid jamek. satu berhampiran sebelah kanan.

selalu ada pertandingan memancing.katanya ada keli afrika,

sebelah kiri  aku diberitahu banyak bangkai motosikal,sebelah kanan aku diberitahu ada mat gian mati lemas,lari dari polis.

aku syak ikan belah kiri,liat.

belah kanan boleh bikin high.



http://www.google.com.my/images?hl=en&xhr=t&q=tasek+di+pasir+gudang&cp=21&um=1&ie=UTF-8&source=og&sa=N&tab=wi&biw=880&bih=481

gendang gendut

ada beza ke gendut,boroi, buncit?

hasil google,buncit dengan boroi sama


gendang gendut tali kecapi
kenyang perut suka hati



kalau pergi kuala kubu tulis nama atas batu

Sirr (Jangan baca)

apa yang aku akan taipkan adalah satu rahsia.
selepas aku taip, ia tidak jadi rahsia aku lagi,ia jadi rahsia kamu sehingga kamu luahkan dari mulut.Walaupun jutaan(?) yang baca tulisan ini, pada masa yang sama,atau jumlah  pembaca yang  terkumpul dalam satu  jangkamasa .Selagi ia tersemat dalam minda kamu,dan kamu tidak meluahkan pada orang lain selain kamu,maka ia adalah rahsia kamu.















Aku
Kalau sampai waktuku
‘Ku mau tak seorang ‘kan merayu
Tidak juga kau
Tak perlu sedu sedan itu
Aku ini binatang jalang
Dari kumpulannya terbuang
Biar peluru menembus kulitku
Aku tetap meradang menerjang
Luka dan bisa kubawa berlari
Berlari
Hingga hilang pedih peri
Dan aku akan lebih tidak perduli
Aku mau hidup seribu tahun lagi

Chairil Anwar

Nota kaki
satu masa dulu ia adalah rahsia Chairil, bila terlahir dari cetusan rasanya ,ia bukanlah rahsia.

Begitulah kita, apa yang tertanam, di dalam benak hati,adalah rahsia kita, ia bocor dari postur tubuh,silangkaki kita, ketik ketik jari kita,urut urut hidung kita, jemput jemput janggut kita,gagap gagap kita,dsbnya,walau kita tak menzahirkan dengan sengaja.
Rahsia kita sesama makhluk mungkin,tapi tidak pada mereka yang terang dan jelas. dan pastinya tiada rahsia dengan Yang Menciptakan.,So pesan pada diri, Jangan berpura pura.

Isnin, 11 April 2011

reversible adiabatic

ongkata kalau anak anak degil dan tak nak dengar kata,itu tanda Allah nak kiffarahkan dosa kita pada ibu ayah kita dulu, masa di dunia ni lagi, kalau nanti sampai akhirat, tiada hold back,Tuhan balas cukup cukup.

Ada betul juga aku fikir, sebab aku masa kecil, cukuplah terjal, part degil tu kurang sikit, sebab,aku kalau degil dan dan tu kena ketulahan.Jangan mandi sungai, aku degil , esok , aku kena kayap. Jangan keluar, panas, tengah remang, kejap lagi aku dengan basikal masuk longkang,Sambil seret basikal tayar jadi lonjong,dengan lutut berdarah,aku balik juga ke rumah,atau tengah tergaru garu kayap yang baru nak jadi,sambil menangis bila kena serbuk MB kat luka atau kena gilap dengan daun galenggang pada kayap,emak akan berkata iulah, dengar kata, baik, kan dapat hadiah...

Tapi bila aku fikir, teori yang disampaikan oleh pakcik yang anaknya semua menjadi,aku fikir,aku terjal dapat anak nakal,ibu ayah ku? dan ibu ayah mereka, juga ibu ayah ibu ayah mereka,juga ibu ayah ibu ayah ibu ayah mereka dan seterusnya sampai ke mana, berapa keturunan ?Sampai bla sumpahan ini berterusan?

Aku mengucapkan tahniah pada pakcik tadi.
Aku mengucapkan Al Fatehah pada arwah ayah dan ibu,semoga Allah mengurniakan ketenangan dan kesejahteraan pada mereka di alam sana sehingga akhirat di atas susah payah mereka memeliharaku.Sesungguhnya aku tak mampu menimbal walau secubit bakti mereka..

rumie azzan malie

Pilihanraya Serawak

Entah macamana terselit pula nama di atas dalam carian aku tentang pilihanraya Serawak,+ Rumie,yang benar nama ini aku dah lupa, tapi aku mashi ingat ada kes terjun di serawak,bukan imigeren,bukan kastam tapi doe.

aku pun musykil juga kenapa kes tidak sesensasi Teoh.,

agaknya pasal yang menjadi mangsa orang kita.......akupun sebenarnya dah ingat ingat lupa kes ini
tapi terserempak melalui paparan dari dashboard akan blog yang aku ikuti..

aku tiada jawapan dan aku juga tak berhak menjawab.

Pandai Sikek, Paya Kumboh

Ayam den Lapeh
Dalam bait ada disebut Pandai Sikek rupanya nama tempat di Bukit Tnggi, Sumatera,terkenal dengan tenunan kain songket

Seorang tukang ukir, Ikek sempena namanya Si Ikek, yang pandai ngukir.

Payakumbuh, juga di Bukit Tinggi,mempunyai bangunan era kolonial
Pagar Ruyung, kesultanan Minangkabau
Batu Sangkar,juga di Sumatra

Untuk lebih lanjut, sila bertanya pada orang yang tahu.

RENOVASI

Mentara tu layanlah...

video

Ahad, 10 April 2011

bulan ampat

bulan april,bukan april fool, tapi dalam bulan  ini baru masuk 18 tahun,susah payah, pahit manis, duka suka, tangis tawa,sedih gembira,Alhamdulillah.Upaca penyatuan antara seorang kaun adam dan seorang  kaum hawa.Semoga Allah panjangkan jodoh kami.

Sabtu, 9 April 2011

kenape mengape ii

Ayat ke 26 dari Surah Imran, biasa dijadikan wirid lepas solat, juga antara alma'thurat.

Mungkin kita pernah bertanya kenapa si polan atau sipolan yang kita nampak layak untuk menduduki satu posisi yang kita rasa layak untuknya, tapi masih  belum tercapai..

Atau si polan atau sipolan yang kita rasa tak patut dapat posisi tersebut ,tapi dapat.


Ketahuilah Allah Maha Mengetahui..

Usaha dan ikhtiar tidak memberi bekas,
Jangan sesekali kita  sangka kita berkuasa mutlak,sehingga setiap usaha kita menjadi seperti yang diharapkan..Sesuap nasi yang berada di hujung suapan  kita belum tentu masuk ke mulut .Andai tatkala sedang menghulur tu tiba tiba talipon berdering dan dari display, tetera nama pemanggil yang kita nantikan.Mungkin kita letak balik nasi tadi ke pinggan, jawab talipon,kononnya nak sambung balik lepas menjawab.Tapi berita yang diterima...kita jawab, Innalillahi .....terus hilang selera,dan mungkin kita akan segera berpesan pada pelayan...bill please...bayar dan terus beredar selepas menerima baki.
Membazir, Dua musibah.Satu, jadi geng syaitan, dua, berita yang diterima.Kita memang tak jangka akan jadi geng tandok,tapi masa itu kita lupa,pilihan yang tidah disengajakan.Semoga Tuhan mengampuni kita.Tuhan beri kita buat pilihan, tapi kita tersalah membuat pilihan.Sebagai meredakan kekesalan akibat tersalah membuat pilihan , kita berpesan pada pelayan tadi,adik makanlah ,pakcik tak sempat...Dengan harapan agar kita tak jadi geng bertandok.Semoga pelayan tadi makan.
Kita beredar, jalankan urusan berkaitan dengan panggilan tadi,Setelah selesai, mungkin seminggu, kita ke kedai semula, bertemu dengan pelayan tersebut, adik makan tak makanan hari tu?
Err....makanan apatu pakcik, ala..yang pakcik tak sempat makan haritu?
taklah pakcik,saya dah kenyang,jadi saya buang saja...

Berderau darah....apakah mungkin makanan itu menjadi makanan burung burung gagak yang berkeliaran di tempat pelupusan sampah?Atau anjing atau kucing ?Atau jadi makanan khinzir di ladang ternak Ulu Tiram?

Alangkah lebih baiknya aku tabur taburkan di perkarangan Pusat bandar, memberi makan pada burung burung yang berterbangan di sana....Tapi sekiranya aku berbuat gini, apakah penguatkuasa PBT akan maafkan aku, kerana mengotori laman Pusat bandar?Atau kakak tukang sapu yang selalu menyapu di situ?
Dah 3 musibah....

Nampaknya aku dah join geng bertanduk,maka hinalah aku.
Semakin kekesalan menebal..

Alangkah....


Begitulah juga pilihan yang kita buat .Kita rasa dialah calon terbaik,kita pilih,
Kesudahannya, kita merana lima tahun.
Benarlah , tiada yang kekal melainkan al Khaliq
Hatta, prinsip seseorang,siapa sangka ?
Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..

Jumaat, 8 April 2011

kenape?mengape?

Dia baik, dia alim, dia wara', dia tawadhu'.kenape?

Dia idok le sebaik dia yang di atas,idokle wara' bebenor,agaknya tau ambil wudhu'?Mengape?





Khamis, 7 April 2011

Seperti yang Ustaz GP pernah ceritakan

malam tadi aku  bermimpi ...saudara ku yang seorang ni..


pagi tadik aku dok terngiang ngiang perkataannya tentang gerun terhadap umat Islam.Aku cari cari,akhirnya aku bertemu yang hampir serupa.  


Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Hampir tiba suata (suatu) masa di mana bangsa-bangsa dun(dan) seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi saw. menjawab, "Bahkan kanu pada hari itu banyak sekali, tetapi kanu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'.
Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi kita nenjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".

H.R. Abu Daud


antara 40 hadith yang menceritakan akhir zaman. dipetik dari  http://www.maynetwork.net

Nota
text asal
text dicadangkan



hilang 108 (hari tu 106) no problem...ini ada cara nak dapat balik,ya PM

Rewnd cerita lama,tajuk baru

wednesday, December 22, 2009


hilang

aku tak mahu ulas panjang
kerana kes ini masih dalam siasatan
aku naik celaru,terlalu banyak kes kehilangan dan ini bukan boleh di kategorikan sekategori, bahkan berklas kelas.
kes kehilangan orang,
kes kehilangan barang awam
kes kehilangan barang peribadi
kes kehilangan dana awam
kes kehilangan dana peribadi
kes kehilangan maruah
kes kehilangan teruna./dara
kes kehilangan harta awam
kes kehilangan harta peribadi
kes kehilangan jatidiri
kes kehilangan disiplin
kes kehilangan kepercayaan
kes kehilangan pegangan
kes kehilangan kejujuran
kes kehilangan amanah
kes kehilangan habitat
kes kehilangan punca pencarian
kes kehilangan tempat bergantung



kes kehilangan yang tak selesai
kes kehilangan yang sudah selesai dan dijumpai
kes kehilngan yang sudah selesai dan masih belum dijumpai
kes kehilangan yang sudah dijumpai tapi belum selesai
kes kehilangan yang belum dijumpai tapi sudah selesai
kes kehilangan bahan bukti


terlalu banyak anak murid david copperfield

http://terapialquranpahang.blogspot.com/2009/08/mencari-barang-hilang.html

petikan dari laman di atas

quote"
Walaubagaimanapun saya memberikan mereka satu senjata berbentuk doa yang menjadi amalan para awliya’ dan solihin yang terdapat di dalam kitab Bustanul Arifin (Taman Orang-orang yang A’rifin / Ahlillah / Awliya’ Allah) tulisan Imam an Nawawi. Imam Nawawi meriwayatkan doa ini daripada kitab Risalah al Qusyairiah tulisan Imam Abul Qasim al Qusyairi radiyAllahu anhu di dalam bab ‘Karamah Awliya’. Doa itu adalah:




“ Ya Jami’an Naasi li yaumil la raiba fihi, ijma’ alayya dhollati”



Maksudnya: “ Wahai Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya,himpunkanlah aku dengan barang aku yang hilang itu.”



Berkata Imam Nawawi:

“ Sebenarnya doa ini telah saya cuba maka saya mendapatinya sangat bermanfaat dan menjadi sebab untuk mencari barang yang hilang itu dengan tidak bersusah payah mencarinya. Barang itu juga tidak jauh dari tempat yang kita sangka. Saya juga telah mendengar perkara yang sama daripada Sheikh al Hafiz Abu Baqa’ ketika beliau mengajarkan doa ini dahulu kepada saya.”



Amalkan doa ini selepas solat atau bila-bila masa. Saya sendiri mempunyai pengalaman yang ajaib apabila mengamalkan doa ini. Setakat ini, setiap barang saya yang hilang semuanya telah dijumpai setelah membaca doa ini. Itupun dengan izin Allah dan ikhtiar kita dengan membaca doa yang telah menjadi amalan para awliya’ ini! Alhamdulillah!!!

'unquote