geng of 40

Sabtu, 26 April 2014

panggilan

hampir seminggu talipon tiada berdering.

tidak menghairankan, akupun tidak menjangka ada panggilan untukku.

tapi bila kenangkan ada samsung rasa rugi pula

Isnin, 3 Februari 2014

kentang

2 guni untuk seminggu


biasanya digoreng

gaul dengan kari

kegemaran nurul

Sabtu, 1 Februari 2014

six pack

aku baring depan tv
nonton maharaja lawak mega


terperasan ada bonjol di perut

aku kira
ada satu





mana lagi lima?

Ahad, 19 Januari 2014

senak

duduk payah
mengiring salah
terlentang pun tak boleh
tiarap bisa


vicks dah lumur
cap kapak dah tenyeh
gamat panas dah sapu



rasa macam paku mencucuk dari dalam keluar




postur tubuh pun tak segak
macam terpeleot je



Jumaat, 17 Januari 2014

basah.....

balik dari urusan
dah tengahari

tiada wanita tadi...


kempunan nak soal siasat



hari yang cerah beransur mendung

mungkin hujan belah petang nanti


akhir akhir ni pasir gudang kerap hujan petang

rasanya tidak membawa banjir

kalau tidak , kg pertanian, cahaya masai kerap  bah

tapi taklah seperti  pahang, trengganu  atau kelantan teruknya





Khamis, 16 Januari 2014

basah

hari cerah
panas berbahang
usai aktiviti pagi aku kembali ke teratak

kelihatan seorang wanita  berdiri di pintu pagar
aku parkir kereta

"cari siapa?"
dia diam sambil gelengkan kepala.

aku masuk dan kunckan pagar.
dia masih berdiri di situ.

aku masuk ke dalam,buat urusan.


dua jam kemudian aku keluar untuk urusan lain.
dia masih berdiri di situ.

tertnya tanya dalam hati, siapa dia, apa tujuan dia,?

nanti bila selesai urusan, kalau dia masih di situ aku akan interrogate dia

Isnin, 30 Disember 2013

2013 hujung

nak habis da.....


apa yang terhangat?


apa yang terbaik?

apa yang terburuk?


cuba buat bandingan dengan tahun sebelumya.



Selasa, 17 Disember 2013

jenuh malam

dah hampir semimggu.  . . .

asal malam  je JENUH

asal malam je JENUH

asal jenuh je malam


3 pagi

bangun     TER . . .. .


4 pagi


bangun


5 pagi

bangun


6 pagi


dah bangun


8 malam


tidur

PAYAH KALAU JAM  TUBUH TAK SYNCRONISE


3 PAGI


bangun .  ..  . .ter

Jumaat, 13 Disember 2013

KENTANG LENYEK

Memula kupas kulit


basuh


masukkan dalam periuk


isi air

letak atas dapur

hidupkan api


biar sampai meggelegak



tutup api


ambil kentang dan masukkan dalam mangkuk


lenyek




taksama kfc


Sabtu, 30 November 2013

makan siang pandang,malam dengar

waktu siang
hari cerah

kita makan  di kedai

Nampak apa yang dimakan


waktu malam
mentari dah menyusup balik ufuk

dengan lampu mentol  tak setara mana


kena dengar bunyi makanan

Khamis, 21 November 2013

lesen

lesen memandu aku akan tammat  pada 2014

terakhir diperbaharui  tahun 2010


di perbaharui di  JPJ


ki sahnya aku  keci c iran do mp et


setelah membu t lap  oran di  bala i p ol is


aku ke j pn,ke jp j
ke bank bnk

du a har i ju ga aku  belanja untu k uruskannya









Isnin, 18 November 2013

kelongsong

pelurunya dah pergi


yang terdampar
kelongsong

Khamis, 14 November 2013

pucong dan senja

mawar 53 ada pucong
kecoh  
aku ingat pucong dekat shah alam

Selasa, 12 November 2013

sejuk

pasangannya seram,ie. seram sejuk


kenapa tidak hangat atau pijar?

adakah sesuatu yang menakutkan begitu dingin suhunya sehingga menyerap kehangatan?

Isnin, 11 November 2013

SERAM

dua tiga malam
aku terjaga
basah berkeringat


puas aku cuba mengingati mimpiku


tak dapat recall

yang aku tahu
jantungku berdegup kencang
mencungap nafasku


jam 4 pagi


puas aku trace aktivitiku sebelum tidur
takda yang berat atau mencemaskan


biasanya aku baca novel

love you mr arrogant

teduhan kasih



ringan sangat




Khamis, 31 Oktober 2013

kesat

ngilu terasa hati bila ucapan kesat menyinggah di pendengaran.


perih mata bila dijolok pandangan yang xx

kuatnya medan magnet menarik penglihatan menyinggah

langkah melenggang bersahaja menangkap perhatian

sehingga hilang dibawa eskalator

derapan kasut bertumit 4 incinya seiring dengan degupan jantung

setibanya di  chamek aku melabuhkan diri di sebuah kerusi

menanti pelayan untuk membuat pesanan

kopi o satu,roti bakar satu set.pesanku pada pelayan yang datang

15 minit kemudian pesananku tiba

suasana di chamek tidak sibuk

ada 5 pelanggan termasuk aku





kuetiaw

di pasar malam

biasanya disetkan cili  jeruk
aku suka minia tambahlan air jeruk barang tiga empat sudu

biasanya dua tiga bungkus aku beli

murtabak mini, apam balik coklat, abc rock, soya panas dan nasi kerabu,adalh antara barangan yang kerap aku beli di pasar malam

Sabtu, 5 Oktober 2013

kawan

teman

sahabat

rakan

yang mana lebih akrab?

Ahad, 22 September 2013

berus

untuk kain




Khamis, 12 September 2013

jemu

tunggu kejatuhan



malam kesiang ke malam kembali



buah tak juga gugur



tulat nanti ku jolok juga

Rabu, 11 September 2013

bosan

penantian

memang menyeksakan


tunggu buah yang tak mahu gugur

Jumaat, 9 Ogos 2013

serak lemang

mungkin 

lemang memberi kesan pada peti suara

suara itek seghati

Selasa, 6 Ogos 2013

Isnin, 29 Julai 2013

bentes

mana mulanya?

betis campur apaye?

Sabtu, 27 Julai 2013

mujuruque

seb baik kena kaki
kalau mata ?



seb baik pasir
kalau bongkah batu?

seb baik perlahan
kalau laju?

Khamis, 25 Julai 2013

boss datang

shhhhh......

boss datang


boss datang


memasing  buat sibuk



Isnin, 22 Julai 2013

jentera

tatkala menanti siang kedengaran ngauman enjin jentera memecah keunyian pagi.
awal juga pergerakan jentera ,ku jangka lori tangki
.

Isnin, 8 Julai 2013

maafkan daku

kedatangan ramadhan


semoga tertunai ibadat


Sabtu, 29 Jun 2013

bergerak

banyak buah  bas

berkumpul

menanti penumpang

terget bukit jalil



Khamis, 27 Jun 2013

sepinggan nasi goreng

lewat malam



ada nasi

ku ramas

hangatkan kuali

tepek bawang

taruh mentega

campak bawang

campak nasi

campak telur


kacau




Selasa, 18 Jun 2013

mu nak gi mano?

dah 2 minggu.......tak nampak bayangpun  barangan yang dipesan



Isnin, 10 Jun 2013

Ahad, 2 Jun 2013

lurus

dah seminggu aku jadi bidan

kawanku dapat tender ngajar

dia tak cukup kaki

aku  terjun


ngajar orang yang kerja dalam bidangnya

bidang nya machine alignment

aku cakap zaman aku dulu pakai straight edge,lampu suluh dan feeler gauge je buat alignment

aku cakap konsepnya sama

melaraskan dua mesin yang dicantun dengan coupling

tujuan supaya colinearity terhasil

ada set dial indicator satu je


eh tak boleh buat reverse dial method

eh tak boleh buat rim and face method


boleh


cuma kena ambil satu set demi satu set

aku buat

 ambil bacaan

untuk reverse dial

pump ke motor
satu set

motor ke pump satu set

lepas tu terus buat face

motor ke pump,pump ke motor


plot pada graph



kalau takda dial  boleh?

boleh

straight edge,lampu suluh dan feeler gauge

lagi cepat dapat jawapan



entah lah

habis kelas ni ada dua group que

alhamdulillah

Khamis, 23 Mei 2013

tice tice

=may i go to toilet
-no
=why cannot
-last time you say want to go to toilet, but you go on the road
=I decide where I go, when I go,who I go with
hidup hidup.,hidup murid
 mungkin inilah titik mula seorang "pejuang"


sayang
dia lupa menuntut ilmu juga perjuangan

Ahad, 19 Mei 2013

tuan tanah kedaung

tak boleh, gua kata tak boleh   tak bolehlah



eh wa punya suka la





dik jangan sedih dik....rumah pakcik ada


makesure lepas suara rakyat suara keramat, kemas balik, sampah tolong kutip, sepanduk banner banting kasi bungkus bawa balik....bil api air tolong jelaskan...

Jumaat, 17 Mei 2013

MANA LU PIGI

takda mana
ada sini
baru balik ngundi



bukan ke 5513?


undi lain
undi nak pilih hari untuk buat majlis perpisahan

Isnin, 15 April 2013

lubang biawak

semakin hari semakin hampir\
selepas melepasi point of no return
butiran pasir jerlus
mengheret masuk semua ke dalam  lubang

bertepuk tangan bersorak ria mereka melihat tumbangnya twin towers,masjid negara,istana negara

kerana disangka dalam lubang ada cahaya disebalik terowong

semoga mereka benar

Ahad, 14 April 2013

aku tahu apa nak buat

next time tidur hotel  aku tahu apa nak buat

bawa kelanbu
sediakan tali rapia panjang panjang
bawa lampu suluh untuk digunakan bila dah padam lampu bilik
bawa tangga lipat
bawa skru driver satu set philip, pozim, straight,masking tape
setiap fire head` aku buka , setiap air vent dan aircond grill aku buka
cermin muka aku buka
kabinet, lampu  semua aku baraikan
pasu bunga aku check
siling semua aku periksa
mana tau ada`spycam


btw ini bukan politik ye


Khamis, 11 April 2013

homework

sesi pembelaran dah selesai sebahagian

masa terluang aku cuba quality time selama mungkin dengan family

aku cuba explain pada anakku  kenapa jdt kalah dengan selangor,

merajuk sakan,pujuk dengan pizza  air biru , murah sikit 16 hinggit untuk saiz Lextra cheese...

dia suka trw juga, mujur

kalau tak kena dua piza.

Rabu, 10 April 2013

yang benar

zaman aku sekolah rendah inilah antara akhiran surat yang aku  gunakan selain dari yang ikhlas,yang berharap.
kehadapan majlis adalah pemulaan kalam yang aku sering gunakan

kalau berucap biasa dimulai dengan basmallah serta salam dan selawat pada junjungan kita kemudian dipanjangkan aluan aluan pada def def kehormat sehingga pada hadirin dan hadirat



mungkin sekarang masa dah singkat tiada lagi basa basi dan bunga bunga bahasa , terus ke titik


BN lembu
UMNgOk
PAS sesat
PKR pengkhianat
DAPig

pada aku ini bukan kata aluan, ini adalah nista

Tak baik meenista orang

alah depa mulakan dulu,,,,(mungkin jawapan defensive satu pihak)


anak anak, adik adik, abang abang,kakak kakak,ayah ayah, ibu ibu, datuk datuk, nenek nenek

apalah bezanya kita dengan mereka yang kita nista, kalau kita sendiri merendahkan diri kita ke tahap mereka?



pesan ana ini dibawa oleh  azani untuk dirinya sendiri

Khamis, 28 Mac 2013

aku ada wahl

ini dah masuk  yang ketiga

dua darinya jenis rechargeable


ini bukan wacoal


ini hair trimmer


aku suka guna ni, anak anakku pun suka akmal, adam annuar,along pasal dia normal gunting di kedai, aku pun sebenarnya suka bawa yang lain ke kedai gunting, tapi since depa hyper,aku tarah sendiri.sekali tu aku try bawa depa ke  kedai gunting, nyaris aku rodok ane tu dengan gunting...mujur wife aku sabarkan...

tapi salah aku sebenarnya ane tu bukannya terlatih untuk gunting  budak hyper

so aku beli ni untuk trim rambut anak  anak


yang hairan tak sampai sebulan dah tebal rambut mereka...subur amat, aku je yang tahan sampai lebih sebulan...crewcut no 0 tanpa lapik

Rabu, 27 Mac 2013

make sure ,dont forget to screw back ....

the fuel tank cap


pernah tak terjadi apa anda ?


saya pernah, untuk mengisi minyak saya perlu buka cap fuel tankcap , capnya saya letak atas pam minyak, masukkan nozzle dan isi.

habis isi, letakkan nozzle kembali, tolak lid dan terus jalan.semasa memandu tu ada perasan seperti terlupa flush toliet lepas digunakan...

lepas 100 m saya patah balik pasang cap balik,sampai ketak buninya saya pulas cap.



amat bahaya sebenarnya perlakuan ini, sebab minyak petrol amat volatile senang meruap, tanpa cap peruapan petrol boleh bertemu punca bungapi ,api rokok, arka caj statik\\


Syukur pada Allah kami selamat.
Kealpaan boleh mengundang malang.

best man/woman wins....is it?


Sometimes the best maybe poison to some but honey to others....

Selasa, 26 Mac 2013

andainya aku kalah

sanggupkah kawan kawan pembangkang menerima ku?
sepertimana aku menerima mereka tatkala aku menang

sanggupkah kawan kawan pembangkang menegur sapaku bilamana terserempak di jalanan?
sepertimana aku mengucap salam dan jabat tangan setelah aku menang

sanggupkah kawan kawan pembangkang  menguruskan jenazahku bila aku bepergian?
sepertimana seorang Islam pada saudaranya.

sanggupkah kawan kawan pembangkang menerima keputusan dan akur,samada menang atau kalah?
sepertimana aku,walau kalah atau menang.

PRU adalah proses pemilihan kerajaan bukan pemutus saudara.
Ayuh setia kita pada negara samada kerajaan lama atau baru.




Ahad, 24 Mac 2013

menamatkan bujang

dalam usia 46 tahun ini, masih ada yang seusia yang masih bujang,maafkan aku kawan, salah soalan yang aku tanya, melihatkan perubahan wajah, aku tahu aku mengguriskan hati mu...maaf , cabul mulutku, secara spontan bertanya dah berapa anak.........kenapa tidak bila pru atau bila nak bubar parlimen atau pm akan bertukar ke?



Khamis, 21 Mac 2013

agaknya inilah asal usul ambuyat

yang mula memperkenalkan ambuyat pada aku adalah orang bisayak yang berasal dari kuala penyu, kaum bisayak ini dikatakan berasal dari brunai, bisayak bukan visaya....lain tu bah...visaya ni dari filipina., juga dari brunai adalah kedayan...kedayan bukan kagayan (cagayan) kedayan dari area menumbuk dan juga sipitang, r nya silent, beza dengan berunai di mana r nya tebal, berunai ni yang juga suku di sabah, asalnya dari berunai...sabah juga adalah bawah berunai satu waktu dulu, infact karambunai pernah dimiliki orang besar jajahan berunai, area karambunai  m  nexus karambunai...nak golfing pun ok, aku di situ masa pantai nya karambunai  belum ada nexus, pagar pun tak dipacak lagi, landscaping pun botak dan becak...bolehkan  kata I wuz ere...ada kampung di situ, aku dah solat jumaat di masjid di situ, lupa lak nama kampung...tak silap ada laut dihujung namanya,  karambunai laut kot...kalau aku tak masuk simpang karambunai, terus ke penghujung sapanggar, ada terminal petronas di hujung, parking scorpene belum ada, ada sapanggar cement, cuincher nya membuatkan grid load macam sinusodial....

semasa aku di sabah ramai orang cek siti wan kembang yang bermaustatin di sabah , hungga ke daerah ranau,poring,penampang, infact aku pernah makan di restoran sri penampang, ada tomyam, tukang masaknya dari kelantan, aku pernah bertemu pensyarah d telipok yang mengajar di maktab perguruan di tuaran, memanglah bukan hanya orang kelantan yang berada di sabah,ramai orang semenanjung lain, tapi kehadiran mereka tidak jelas,orang johor misalnya tidak kuat erknya bila bercakap di sabah, atau orang nogori, o nya tidak setajam di soghomban, tambah le aku dari selangor, apa yang bezakan aku dari sabahan, pandai juga aku berkopi sanangan dong sodopun atau dong totuong atau dong kosoabun, mike mike oghang pheghak  berlabun sesama deme....teman suka sangat bila ketemu  boston dan paris yang sekali sekala terserempak di luyang, ramai doktor  dan pegawai wisma persekutuan yang tinggal di sini, ya , luyang, sempelang, lok kawi ramai orang kay ell, tak kiralah dari perak, johor, kelantan, melaka, pahang, asal semenanjung, kay ell lah dia..


pada aku walau aku cuba merapati dusun, kadazan, bajau, idaan, kedayan, bisayak,murut, dan banyak lagi,   terasa adakalanya  suluk,lebih diterima dari orang kay ell ni...



ada parisyang tak boleh aku sentuh, hatta terpinggirlah aku.


aku juga pernah melihat kehandalan awang muluk membetulkan van yang crabbing, juga jimmy ganes dusun lotud dari tebobon,bisep dan trisepnya ngalahkan popeye, di tebobon ada balai raya, sebelah balai raya ada bangsal gym, penuh bar bell, dumb bell, disc`weights serta lifting bar yang straight, juga yang cranked


jimmy ganes adalah pekerja kontraktor dalam instrumentasi, kerja kerja pneumatic piping dan tubing adalah mainannya, termasuk cabling,tagging dan labelling.

oh ya martin guntalis katanya dari tebobon

aku juga kenal ahmad jaafar seorang berunai dari bongawan, berpendidikan tinggi dari salah sebuah universiti di semenanjung, beliau mendapat pendidikan awal di smk menggatal, juga ronnie lee , kadazan dari penampang,beliau dari utm, ada kaitan dengan datuk clarence bongkos malakun, juga bijak, dua duanya ronnie dan datuk clarence.Rosli Amat, Mohd Kamal,mendapat ikhtisas di semenanjung, Mohd Hifni Kamaruddin dari jurutera Projass, diserap masuk kedalam syarikat, beliau dari Johor. tapi kalau tak kenal sure orang kata orang sabah.Mohd Zaki,Mohd Nor Talib, Hajji Abdul Razak Alias,ramdan samudin dan aku adalah orang kay ell yang bekerja di sabah,Kay ell lah sangat,Zaki dari pasir puteh,abang razak dari beranang, abang mat nor dari(aku tak pasti dia dari mana, tapi ada telo nogori)ramdan dari kg kuantan,rosmah samari orang kota belud,tapi lebih ke arah  kay ell dari orang sabah..UTM mali punya.



Aku pernah sampai Ulu Kimanis memang jauh kedalam, salah simpang tembus serawak atau tawau melalui kalabakan, mujur pakai proton kalau 4 wd mau sampai tenom pangi ikut jalan logging


aku pernah salah jalan, habis shif aku redah dari inanam, penampang, babagon, gunung trus madi nak ke keningau. naik hangit ceper brek,ingatkan lepas keningau boleh ke sipitang dah sampai sipitang nak masuk lawas,masuk baram, lalu berunai ,belait,masuk miri ke bintulu, sonang bah nak ke kuching.aku jangka


mujur aku tanya orang disebuah tempat rehat  gunung trus madi, gila betul,

sepatutnya aku kena ke kk ,lalu  petagas,putatan,kinarut,lok kawi , papar,benoni, pengalat, kecil , bongawan,beaufort dan .klias....malangnya jalan belum siap masa tu, sampai kelias..tetiba tiba hilang jalan tar,sebenarnya boleh redah tapi bunyi kereta dah nazak  sebenarnya tak jauh lagi, tapi gegarnya ngilu gigi.







Rabu, 20 Mac 2013

nyorok sekejap

jumpa lagi di lain kali

Sabtu, 16 Mac 2013

pru dan liga super

masalahnya kalah pru, mungkin lima tahun baru boleh return, liga bola ada home dan away, kalah home , boleh return masa away tak sampai setahun pun.....


sepatutnya yang puak yang kalah berhabis habisan perang saraf menjelang pru....tapi........



aku mungkin pernah khabar dulu, aku mungkin otis...
dan otis payah nak terima perubahan......
aku confuse ni bagus ke tak bagus



ini yang buat aku senak perut dua tiga bulan ni

radar kapal dagang

eh dulu aku kerja kapal,tapi bahagian enjin,

ada juga kena jadi watchman di bridge untuk completekan task dalam mntb(merchant navy training board)  banyak shif,shif 8 12, shif 12 4 dan shif 4 12, dalam seminggu aku ikut satu shif  8 12, minggu depan 12 4, minggu depan 4 12


walaupun ada radar changgih yang mempunyai luas pengesanan sehingga radius 150 dan 300 notika, tapi bila melalui setengah pesisir , seperti babuyan, balintang ,okinawa, sabah dan serawak, watchman akan berdiri di luar bridge dengan teropong


radar tak dapat bezakan bot bpt kecil dengan wave cluster,,,lanun akan menyusur ikut ships direction, misalnya  haluan kapal 0090, lanun akan ikut tembung arah, dalam radar hanya nampak garis arah 0090, bot lanun tak nampak, hanya jika bot yang besar yang melepasi ketinggian jolak jolak ombak atau waves ripples\ akan terhasil  hadir di radar, di laut lepas mata watchmen boleh membezakan lampu  port dan starboard dari 10 notika bahkan ada yang lebih.

kerana itu flood light  dan spotlight yang boleh arah di tempatkan   di bridge wings.


macamna nak bezakan bot nelayan atau lanun?
selalu take over berlaku bila yang disangka bot nelayan dibiarkan melepasi buritan kapal, dengan menggunakan harpoon gun, lanun akan menembak cangkuk ke railing poop deck, dan bergayut menaiki tali, bot nelayan cum lanunn akan bergerak sama arah dengan kapal, bukan susah nak kejar kapal dagang yang kelajuan sekadar 30 notika, bila lanun sudah dapat jejak atas geladak, dia akan cari bilik kapten,lepas tu ke bridge ...

gitulah selalunya, sebab itu bila melabuhkan sauh di perairan mencurigakan, fire hose akan di tekankan(charged) , tinggal buka nozzel je, berhamburlah 28 bar air ke dada lanun, kalau kena terpelanting dan mau patah riuk  tulang,oh ya kapal dagangku ada turret gun yang boleh menghamburkan dry powder, juga fire mains...

memang betul kita ada radar pengawasan, mungkin boleh nampak pergerakan,musuhkah atau kawan?


toksah kata lah, hari hari kita ke pasar kita sure jumpa indon, vietnam, kemboja, nepal , bangla ,afrika dan entah apa bangsa lagi, kita tahu pass mereka ini still valid, bolehkah kita tentukan? di sempadan pengkalan kubur atau di tumpat, kita tahu ke kita sedang berhadapan dengan warga thai atau malaysia?berapa banyak pekan, bandar, kota yang sebelah sempadan

bagaimana pula yang ada suaka?


diberitakan ada warga malaysia yang tak punya surat beranak.....puluh ribu juga..







ubat meracau


orang kata orang demam panas kuat meracau


dalam fb, 
blogspot.com
twitter

ada juga  gaya gaya demam panas,aku agak bila baca dari hasil tangannya..


aku pernah baca yang benda di atas pernah diberi pada orang yang demam panas


kebah  demam  orang tu...


aku tak pasti prosidur sebenarnya dan dosagenya...







Jumaat, 15 Mac 2013

pendedahan

i've told you so!

never leave food on the table without covering it ujarku pada nurul

dengan nurul, kena london sikit


dia tak sebut aduh tapi ouch

korang tau apa dia jawab bila aku tegur suruh tutup makanan


sambil berpaling dia mengangkat tapak tangannya


seolah berkata talk to the hand


terkedu aku dibuatnya







annuar dan sabah

annuar hussaini ,anak johor yang sakitnya di sabah, ketika itu wabak coxsackie menular,sebelum itu annuar riuh mengajuk apa jua ,petah berkata kata pelat tapi aktif berkata

serangan coxsakie telah  menyebabkan seluruh falaman mulutnya melepuh, suhu badannya melonjak naik,rawatn di klinik dr teh tuaran,4 ,5 kali aku ulangi, akhirnya demam dan lepuh mulutnya pulih,tapi annuar tidak sepetah dan seceria dahulu, amat jarang mendengar pertuturanya lagi

sekembalinya ke johor ,dia menjadi annuar hussaini yang aktif

aktif mengibarkan bendera malaysia tiapkali menghampiri 31 ogos,  aktif menyuruh aku belikan bendera yang stick on untuk di pacak di bumbung kereta, aktif mengikat banting  di pagar rumahku

aktif download lagu lagu patriotik termasuklah lagu lama dan baru





Selasa, 12 Mac 2013

kedut dan geleber

berfungsi untuk meanambahkan luas permukaan yang berkesan

pemindahan haba


apa itu pemindahan haba


Ahad, 10 Mac 2013

soalan

video


adakah aku benar?

kadang kadang bila terserempak dengan tempelakan yang dilemparkan  aku bertanya apa yang aku tak tahu tentang pihak yang ditempelak,sebab serious aku tak nampak  kewajaran tempelakan itu.
timbul juga kekhuatiran takut aku tergolong dalam golongan summun bukmun umyun sehingga tak perasan kewajaran tempelakan itu.
bukti dari facebook, blog,youtube semua ini boleh  imposed kan...melainkan aku sendiri nampak, itupun mungkin hanya tip of the iceberg,

akhir zaman fitnah berleluasa, tipu dan bohong jadi amalan


aku  ketaplah dengan gigi geraham apa yang aku yakin .

Sabtu, 9 Mac 2013

titik dan guratan bukan gurapan...

terjumpa klip yang ada lirik nih...
kau betul akau salah,





thanks


dada bukan kalbu

btw silap lagi

sae versi mamat

video
boleh tumpul dibuatnya

Jumaat, 8 Mac 2013

show dah habis

seseatu telah berkata sandiwara..


dah habis...
apalagi nak bebel bebel


baliklah...nak tutup panggung ni

Isnin, 4 Mac 2013

Ahad, 3 Mac 2013

sabah the other side

hampir lima tahun

ulu kimanis , gunung mas,babagon, kota marudu, pitas, sandakan, telupid ,kelias, benoni, pengalat, labuan, kudat,,sapanggar, tuaran ronopolis, kundansang, panau,poring,tampruli,inanam,sempelang,segama


gerenti jumpa suluk, idaan, mardan, kagayan, irranun, bajau,tausug, banggi,bugis, jawa,banjar.bisaya, visaya, timur, tatur, yang sabahnya dusun, kadazan,murut,berunai, yang cinanya dari shantung, yang indianya dari kerala pun ada.

aku orang luar, nak beza pun payah, banyak ada ic.



ada yang baru tiba` dari tarakan, nunukan, tawi tawi dan entah pulau apa lagi.

cerita lama bukan baru, dua kemasukan dari filipina dan indonesia

kalau ada tetak tetak ,tebas tebas , pagi...petang petang dah lepas sempadan, esok masuk lagi

lahad datu, kunak, semporna, tawau kawasan dekat sempadan, di tawau orang terjun sungai .

memang sukar nak diawasi.

bagi tentera dan polis yang dari semenanjung ,nak bezakan local dan un local...sukar.


dia orang tak pakai banner dari filipina atau indonrsia, kalau tanya, dia kata dia orang sabah . kalau periksa besar kemungkinan ada ic.


Salam takziah buat keluarga polis yang terkorban. Al fatihah .


Selasa, 26 Februari 2013

aku takut tercabul

mendengar radio atau bicara orang, melihat siaran tv juga gelagat orang,membaca akhbar dan blog


aku khuatir...sebab aku tak banyak pahala nak bagi orang, aku juga dah banyak dosa,tak larat nak ambil dosa orang....


aku cukup khuatir mulut aku cabul, hati aku cabul, fikiran aku cabul....aku khuatir menjadi pencabul bersiri....

Ahad, 24 Februari 2013

transformer: the dark side of putrajaya

aku suka pendapatnya.

secara tak langsung kita dah sama sama menyeluk pekasam...biarlah sampai pangkal lengan.

tapi mmampukah pas,pkr, dap membiarkan lengan lengan itu  menggagau sampai ke dasar

demi negara yang tercinta ku curahkan bakti penuh setia

Sabtu, 23 Februari 2013

semangat kesukanan

aku dulu pernah dengar semangat ini.......katanya ia mulia
sejak dulu aku lihat kalau bebudak main bola di padang tanah liat yang ada tiang buluh atau hanya pancang kayu jadi gawang berbatas bayangan tingginya ,yang offside ditentukan oleh suara aiapa yang kuat bangkang.......dulu gaduh ni pada para pemain

\sekjarang penyokong pun nak join gadu


apa yang aku nampak mutu permainan makin hancur


tapi mutu nak lagak peguam..makin  meningkat....



kalaau semua nak jadi pengadil , baik tak payah ada pengadil,linesmwn,,,


ada baik yang kata pengadil ni tak adil.bolehlah ambil kursus dan duduk exam....at least ada tauliah kalau nak bangkang





ini tentang semangat kesukanan.....apa maksudnya....aku pun dah lupa




bila di panggil

tiga 4 hari ni....kadang kadang zohor remang, gelincir asar juga senja maghrib

tengah ngajar . aku terhenti sebab ada suara yang sebut nama



ya, saya  ' jawab saya.  terpinga pinga kelas...ada apa encik?


asar pun gitu   suara dari luar pagar


tanpa kehadiran yang zahir



senja maghrib  saya buat dek je




yang pastinya memang ada yang melawat











Khamis, 21 Februari 2013

laptop yang mandi junub

alkisah
aku takda camera muncung
tapi nak juga gatal nak menembak



akhirnya laptop terjun


biasanya longkang cetek

tadi
sambil menyelam minum air dalamnya


tengah sidai

harap malam nanti kering....

Isnin, 18 Februari 2013

terimakasih mohd basir ahmad

betulan  untuk
http://akubudakkkb3.blogspot.com/2009/06/kaduk-naik-junjung_15.html

innilah rupa ikan tapah   dan bukan sperti yang tepapar di link di atas.

Terimakasih sekali Mohd Basir  Ahmad, dekat 4 tahun saya tersasar.

Akhirnya .....

Ahad, 17 Februari 2013

rajoo....k

dah tua
suka merajuk
heran

kadang fikir tah pehal
agaknya  stress  kot

aku khuatir sakit dalaman je

risek punya risek

punca utama rajuk adalah tak dapat
apa yang dikehendaki



patutlah aku tak rajuk dengan isteri...






Sabtu, 16 Februari 2013

kenapa aku rasa black dog bone yang patut bukan psy


dari pengamatn yang aku selak di muka buku ,laman blog.akhbar,dan sebagainya, macam suram je....

dalam perut ku dah ada  rasa rama rama,
tapi biasanya ramalan aku tak betul..


oh ya ini berkenaan peluang bn untuk mengambil kelantan, pulau pinang, kedah, selangor

juga untuk mempertahankan yang lain...

semoga jangkaanku meleset.

maaflah aku jumud







Jumaat, 15 Februari 2013

kisahnya

cerita kejadian di carpark kompleks pusat bandar,pasir gudang,aras separas dengan chamek kopitiam, separas dengan masjid annur,separas dengan salsa ,separas dengan  anjung johor fc dan beberapa kiosk ombak besar,mustika ratu, d herbs   dan satu kiosk yang jual vakuum penarik otot.

petak ada lebih  dari 100 aku rasa,pintu keluar dan masuk ada 2 pasang


nak keluar macam biasa ,kena kesot kesot , bersesak....aku tengok kiri,,,tak mahu mengalah, aku tengok kanan tak mahu  mengalah, aku minta izin , dan masuk balik petak.tak larat aku monolog ,kalau elok takpelah..ini dah tahap seranah gaban,kalaulah ada mega phone yang utarkan nya, ada yang kecil hati..mungkin gaduh...astaghfirullah.

masuk masjid yang makin lengang, ada  juga yang lepak,baring, ngaji dan solat,

dapatlah aku sesurah al waqiah dan sesurah almulk.....

start kereta, lancar je keluar, tak payah jegil jeling kiri dan kanan,tak payah himpit  sipi gesel dengan kereta lain, tak payah  monolog apsal aku nak bagi jalan dengan saingan atau apa aku dapat kalau aku bagi kau dulu.....kadang kadang aku lupa setiap zarah kebaikan dan kejahatan akan mendapat ganjaran

oh. ya, khutbah  kali kaitan musibah.



Rabu, 13 Februari 2013

seorang lelaki menulis

sebuah kisah tentang seorang ustaz yang bernama hazlin baharin. saya ini tiadalah punya tujuan dan maksud tersembunyi menceritakan tentang ustaz ini, hanyalah kesukaan saya akan ustaz ini pada  cara penyampaian   ustaz ini. ustaz ini amatlah merdu suaranya pada pendengaran saya  tatkala ustaz melenggokkan  penyampaiannya., maka ikutilah sedutan  ceramah ustaz ini, semoga  saya  dan sesiapa yang mendengar dan melihat  sedutan ini  mendapat manfaat dan kebaikan..

untuk makluman,saya  mula mendengar sedutan ceramah ustaz ini dari gelombang radio fm 102.3 semasa saya di tangjung agas.

Selasa, 12 Februari 2013

redho

terima ketentuan

kalau menang syukur

kalau kalah , syukur juga

Dia Maha Mengetahui

Jumaat, 8 Februari 2013

Khamis, 7 Februari 2013

merangkak

apabila melakukan pemeriksaan tahunan dalamdandang  ada bahagian yang  kita teerpaksa merangkak macam biawak,tangan dan kaki menyokong  supaya perut dan peha tidak tersagat dengan  fins yang menyaluti tiub.  kita berda di antara dua barisan tiu, atas dan bawah, nak berdiri tak dapat kerana ruang terbatas.merangkak gini    merangkak menegak

    satu lagi merangkak menyusur, macam ular,  perut , dada, peha cecah lantai.

Dulu pernah ada seorang pemeriksa wanita JKKP masuk  ke dalam , selamba je dia susur macam ular,naik seriau aku, tak sakitke  tersagat  dengan fins tu, alangkan aku rasa menekan fins tu macam menekan mata pisau yang tumpul,walau tak tembus bergarit juga.. harus kematu...

Sila jangan pandang remeh pada wanita dan kemempuannya.


serius lama  juga tak merangkak dalam  dandang

mujur mimpi tidak benar

mujur




kalau tak aku dah angkut anak isteri dan maid ,kemana?


sana sini mayat dan darah


knderaan ditinggalkan


rumah musnah


kenapa gerak hati ni nak shah alam.


ada geliga di sana


dan pajero ku mendesah dikala waktu terang terang tanah




sampai dipuncak tepi istana kayangan


adam nak makan
tapi tiada gerai



terus ke menara condong


kenapa?



lalu sahaja sampaike nami,weng,





adam nak matan....adam nak matan


adam nak matan....


kedapur dan goreng nasi



azan.......




ada lagi tapi akutak ingat dengan jelas....rasa macam ada subbaidah juga.masjid al azim ,nasi lemak pulau sebang,,,,,,rasanya neelofa pun adakot....?

Rabu, 6 Februari 2013

pengumuman yang dinantiksn

hari raya,
puasa
spm
pmr
upsr
stpm
PRU


ada lagi?

Selasa, 5 Februari 2013

keputusan

pilihan,

ya kita jika diberi pilihan

adakah kita perlu  buat keputusan?

untuk buat keputusan atau tidak buat keputusan juga kita diberi pilihan

makanya jika kita berkeputusan tidak berkeputusan maka kita telah memilih satu keputusan

dan ini adalah keputusan.

sebenarnya secara tak sedar kita telah membuat keputusan untuk tidak buat keputusan

berdasarkan pilihan yang ada.

pilihan satu

buat keputusan untuk buat keputusan

pilihan dua

buat keputusan untuk tidak buat keputusan

apa saja leputusan kita, samada pilihan satu atau dua.

akhirnya kita tetap buat keputusan




kita apply di restoran habib


satu keputusan juga, keputusan untuk apply di restoran habib


"mau order apa?",tanya pelayan dari kerala  yang sudah fasih berahasa melayu asas.walau baru  tiba

sebulan,jangkaku sebab disember dulu tak nampak wajahnya.,rata rata kedai mamak ambil  pekerja asing dari sana,ini  rasa aku menguntungkan  bagi majikannya. aku takda hal.

di sini aku terpaksa dengan sukarela buat keputusan unntuk tanya dia.

"apa yang ada?",walhal aku dah boleh agak apa yang boleh dan tak boleh didapati di situ.,black forest

confirm tiada.


sambil menyedut udara yang mengandungi  nitrogen, oksigen, carbon dioksida,hidrogen, mungkin

helium,lithium, potassium, magnesium,kalsium,ferrum,  dalam bentuk puing puing.aku juga menyedut udara

yang direzekikan padaku

sebaris menu disebutnya,tak disebutnya telur setengah masak.

"ok telur setengah masak dua biji dengan teh tarik kurang manis"aku kunci jawapanku.


sambil melihat dia berlalu,aku nyanyi dalam hati


sampai dua lagu, marah kot  pelayan tadi

Isnin, 4 Februari 2013

sah...oooo sah

lama tak dengar suaranya, kita kasi listen

Ahad, 3 Februari 2013

mukaddimah yang terlewat

'Biarkan Luncai terjunam dengan labunya",kata aku
Ku doakan  semoga yang terbaik untukk kita semua.

mudik ke arau,kalau herman tino pasti ummph


Sabtu, 2 Februari 2013

panah

kadang kadang dalam hati  terasa sakit sangat seperti di tusuk panah,aku agaklah, tak pernah kena tusuk panah

ustaz Azam  memanah 

embun




kalau tak umi aida ,gaya zakry


kenapa ya?

dah lama tak dengar




niapa cerita  sharnaz dan nd lala?
gala ni pun satu.






taateh......

ta teh.....anak itu langkah setapak

atuk serta nindanya menyebut ramai ramai sambil tepuk tangan

tateh...setapak lagi


aaaaah lambat bangat deh


tatetatetatetatetatetatetatetatetatetatetatetateh seruku, secepat mungkin sebanyak mungkin
dengan harapan agar anak itu sewatson yambek

berdebuk

terduduk

dan pak erwin joko annuar berkata

salah jampeeee!,
dan berlalu pergi sambil nyanyi














i

Jumaat, 4 Januari 2013

tahun 81

masa tu aku kurus macho


ada perdebatan antara rermaja satu dorm,walau tak layak ngundi, tapi sudah ada puak , umno dan pas,dap  takda sebab semua melayu, pkr tak wujud lagi .

aku tak ingat isu apa mulanya, tapi seorang kata semua kubur UMNO nak kena gali balik.

pasai apa? seorang  lagi kata, banyak tu nak korek!

apsa pulok?
ye le, ate dari 46  sampai 81,balas sorang lagi,

 yang pasai dan ate tu gang


aku tak dengar amanat tu lagi masa tu, sekarang ni pun aku tak dengar face to face , mouth to ear amanat tu.

yang aku dengar direct dari tok guru, masa hujung nyawa tu lah cubaan besar pada setiap anak Adam, katanya bayangan orang yang dikasihi hatta tok guru, akan datang untuk pengaruh kita buat U turn.


Khamis, 27 Disember 2012

lu langsing lu mati

salah makan ubat pelangsing boleh mengakibatkan kematian.

masalahnya kita hanya baca atau dengar berita dari media,tanpa disebut dengan jelas jenamanya,keluaran mana,rupanya....

Selasa, 25 Disember 2012

tangkak 25 disember

hati nyamuk je dah 7 dulang

getus Johan melalui radio.

Sedang aku sekeluarga teresot esot  melayani kesesakan jalan antara machap dan air hitam akibat kemalangan, kelihatan  pembahagi jalan putus. ada seuah lori tersadai di kiri jalan, muatannya ertauran,jalan dilencongkan dalam jarak 1km , barulah kembali ke laluan sepatutnya.

Sempat lagi aku terlayang ke kisah hantaran yang dipinta oleh Puteri Gunung Ledang dari Sultan Mahmud.
Jambatan emas, OK
Jambatan perak .OK
hati nyamuk 7 dulang,OK
hati kuman 7 dulang,OK
7 tempayan air mata dara,OK.
7 tempayan air pinang muda,OK.
semangkuk darah raja ahmad,,,,


Rabu, 19 Disember 2012

lembah beringin

sebelum exit  hulu bernam, kalau dari selatan,ada exit lembah  beringin aku selalu gunakan  exit ini bila balik kerling.
aku akan melalui deretan rumah yang berpenghuni, juga tak berpenghuni, yang siap,juga yang terbengkalai.nasihatku, gunakan dalam waktu cerah,kalau malam ada lembu yang tertinggal bas tak sempat balik  kandang.
lembu lembu ini suka gelandangan di tengah jalan.

Sabtu, 15 Disember 2012

kerusi panas

perdana menteri
menteri
ceo
md
cm
hod
jurulatih

Jumaat, 14 Disember 2012

mimpi terbang

malam Jumaat,jam 3 pagi aku ingat masih lagi bersila depan laptop,mencari bahan mengajar


tau tau aku jadi magneto yang boleh terapung di udara dengan menngawal medan  magnet, tinggi aku terapung, aku terbangun mungkin rasa gayat.


tersentak bangun, aku lihat hp,5 am.

dalam hati ada rasa cuak.
 mimpi terbang atau terapung di udara  ada kaitan dengan santau angin


Qala Musa .....
Waqadimna
Bismillahi...




Aku fikir takkanlah pasal Malaysia kalah dengan Thailand orang nak santau aku.....

Menyesal pula post di FB dulu Nov 26

no matter what, harimau will be in the final ,hero kalah dulu...


komen balas 12.12

aku Tuan/Puan?Cik  kan semua pengucap selamat

Semoga ini hanya mainan tidur








Selasa, 11 Disember 2012

Pembukaan

Perlahan lahan dia menghampiri pintu.

Jantungnya berdegup kencang.

"Masuk!", kedengaran satu suara dari balik pintu.

Pintu dibuka,dia masuk ke dalam.

Sabtu, 8 Disember 2012

tak payah lynas, kitapun dah ada radioactive



 
kacang baginya  dan semua yang setahap mereka,
aku kunyah juga,keras gila.........................................................

ratio C14 yang beradioactive ada dalam kita, katanya....

kalaulah ini dapat meredakan


bangau oh bangau

untung kau

ada manuasia makan anjing
ada yang makan kucing
ada yang makan tikus
ada yang makan lipas
lipan pun

ayam dan lembu  toksah kata
selalu kena kari atau panggang



itekpun

burung unta pun

cuma kau je


aku tak pernah dengar orang buat kau rendang atau sate


kenapa ye?


orang buat lagu ,ada lah

Jumaat, 7 Disember 2012

melanggar lampu dan had laju serta potong Q dan double line

Yahooooooo!





errrr,pesalah lalu lintas

lepas PRU nanti baru tau,kena saman ke dak...

Khamis, 6 Disember 2012

ikan oh ikan

ikan antara makanan kegemaranku, goreng pun sodap, masak lemak, kari, sup,pindang.asam pedas, bening,masak kicap atau taucu,bakar,panggang,percik, salai,rebus dan berbagai lagi.


yang tak sedapnya  ia juga sinonim dengan gejala negatif



anak ikan
haruan
jerung
bilis

Selasa, 4 Disember 2012

kali pisan

kali pertama kua makan di bagan datoh

di kampung kawan sebaya yang juga jiran  sebelah rumah aku di taman  padang golf,kkb


rasa macam mangga pun ada




memori aku macam kuat mengaitkan dengan pisang kaki

ye ke?


sunah betul bila penyakit nazmi mula bertapak



btw kawanku keturunan banjar

Isnin, 3 Disember 2012

topekung

yang sini buka pekung sana


yang sana buka pekung yang sini




naik pering bau hamis

duabelas duabelas duabelas

ianya bukan hari Jumaat

jatuh hari rabu

antara peristiwa yang akan berlaku pada jumaat

akhir zaman


tapi tarikh tu  annual aku.

link tiada kaitan
http://www.youtube.com/watch?v=KmnKCE99sYE

Ahad, 2 Disember 2012

annuar di dataran mawar

dia sedang menyanyi negaraku di tengah tengah lapangan

bersamanya sekampit penganan

ada maggi cup
ada sardin
ada tuna
ada cloud 9
ada biskut jaacob

masalah besar

dari mana dia ambil
siapa beri
dah bayar kebelum



aku backtrack semua kedai yang aku rasa dia masuk

sambil meminpin annuar dan jinjit kampit penganannya


aku tanya

budak ini ada masuk sini  tak ?


takda


takda

takda



sehinggalah ke kedai  runcit yang berhampiran  giat mara



ada

dia ambil apa barang ?

maggi cup,sardin ,tuna ...

aku tawakkal, inilah kedainya kot


walau dia tak sebut biskut, cloud 9



maafkan saya, anak saya ni  bermasalah sikit.


berapa harganya ,?



takapalah dik,
saya sedeqahkan, ambillah


eh bang betul bang saya nak bayar ni



tak apa dik saya ikhlas


terkedu hatiku


semoga Allah makmurkan hidupnya dunia akhirat

Sabtu, 1 Disember 2012

annuar lari lagi sambung cerita

bibik teresak esak nangis

aku lagi masakin kentang buat  nuar, tauk tauk suda ilang,katanya sambil menyeka mata dengan lengan bajunya.


jom,ajak isteriku ,aku, akmal,adam masuk dalam citra,

riyati tunggu nungguin rumah ya,tengo'in nurul,ya.

laluan annuar sudah ku kenalpasti,tapi itu laluan malam,siang siang bgini aku cuak juga,sebab dari sejarah, dia pernah menaiki bas ,aku ingat lagi bagaimana aku kejar  bas sehingga ke simpang masuk permas jaya, aku tawakkal saja redah masuk bas yang mengambil penumpang ditepi jalan, alhamdulillah, annuar duduk di belakang pemandu, sukanya dia tekan  butang berhenti

keting ketang berkali kali.

aku minta maaf pada pemandu dan konduktor tiket,,,

aku tanya ,berapa tambang pada  konduktor,,

tak apa bang,dia seromok tu.

aku pegang tangan annuar dan pimpin dia turun.


aku tak sempat tanya bagaimana annuar boleh lepas ke dalam bas.

sampai hari ni misteri ini aku tak dapat jawab,,,aku pause dulu, nurul nak bradband.


annuar lari lagi

Agknya  itulah maksud  mimpi aku yang  marin.
Lepas Jumaat ,aku tengok Adam ada, Nurul ada, Akmal  ada, bibik ada, emak  anak  ada, Along  masih di Tangkak.....siapa yang tak de ni?


Puas mikir.


Annuar

Khamis, 29 November 2012

mimpi subuh

matahari dah cerah dhuha
uaku memandi viva hala ke taman kota masai
ikut jalan  tepi kubur hindu.
setibanya di traffic light simpang taman scientex nusa damai ,aku berhenti,lampunya merah
sebaik sahaja lampu bertukar hijau, aku bergerak ke hadapan.

tak semena mena proton saga putih dari simpang  taman scientex nusa damai meluru keluar.
gedebang!
bucu kanan depan viva aku  bertembung  mudguard kanan belakangnya.
aku matikan enjin dan keluar .

dia pun keluar.


dia --awak bodoh ke  tak berhentikan kereta!


saya--apsal saya nak berhenti?lampu laluan saya hijau.


dia--sepatunya awak lalu depan simpang kena berhenti. kenapa bodoh sangat?

saya-- saya bukan nak keluaar simpang, saya nak terus,lagipun lampu hijau.awaklah yabg bodoh.

masa tu ramai orang dah berkerumun.ada yang tempelak mamat tu.

alih alih mamat tu hayun kaki ke kepala ku,aku sanggah dengan tangan kiri.

saya---tak payah gaduh gaduh,kita report balai je.

dia-- aku tak peduli,kau settlekan  kereta aku

saya-- awak yang salah apsal nak bayar awak.


zup! rak sempat aku block tumbukannya,kena pipi kiri,terpelanting kaca mataku.


dalam kabur  aku hanya sempat nampak libasan kaki nya tiba ke rusuk ku,aku keraskan badan.pedih.


aku sedar kaki ku tersangkut di celah kelangkangnya. terasa daging lembut yg menyaluti tulang tongkingnya.
steady je mamat tu mengepit kakiku,

ditepuk kedua telingaku.berdengung kepalaku

azan berkumandang




terasa sakit di rusuk ni  masih ada waktu aku tersedar.





Sabtu, 24 November 2012

nilai keamanan

dengan bermulanya gencatan senjata,aku tumpang gembira,tapi aku lebih gembira bila bumi palestin bebas dari cengkaman israel.

aku pasti rakyat palestin amat menghargai detik (tenang?) ini, walau masih belum bebas sepenuhnya.

aku mengharapkan agar agar detik aman ini berpanjangan.

aku tak pernah melaui zaman jepun, zaman komunis, tapi aku diberitahu amat memeritkan.


salam asyuraa buat teman semua

Selasa, 13 November 2012

lignum vitae

raulko
ferrofoam
teflon

duduknya di dubur kapal atau stern tube seal

salah satu komponen yang perlu dilaraskan bila buat shafting dan alignment

teknik lama guna dawai piano

Isnin, 12 November 2012

semut yang remote

bukan tujuan aku nak mainkan sang semut.


tapi cebisan piza yang di campak keluar pintu akan menyebabkan semut datang berbondong bondong.

sekumpulan darinya aku tinggalkan di  stesen bas tangkak,bila ku ketuk ketuk sepatu di tepi simen kedai makan.kesian mereka terpisah dari sanak saudara.
maafkan aku semut.

mengamalikan teori dino

google earth  kra 193 km dari rumah ;tapi jangka jarak kereta  lebih lagi.


aku apply teori pandu belah kiri aeron  dino  dengan kelajuan hampir 100 km/j memang lancar bagi aku.
bohonglah kalau langsung tidak menekan pedal brek dalam perjlanan  ,bertolak 7 pagi, tiba jam 10 pagi. masa yang diambil kalau aku pacak pada 120km/j  kurang lebih aja, cuma kekerapan membrek berganda ganda dari pacakan bawah 100km/j.Aku lebih menghayati pemandangan di  kiri kanan lebuh raya.lebih peluang untuk membelai manja ibu adam,akmal,nurul,annuar dan munawwir.

sekali sekala air kopi 0 suam aku hirup melalui botol minuman yang mempunyai penutup bertiub.

Jumaat, 9 November 2012

ARRGGGGH

aku cuba tahan



makin ditahan makin sesak dada,mata,telinga,perut,bahkan pundi dan usus


aswp dah nak jejak

Khamis, 8 November 2012

ikut sedap dia jer

sesungguhnya ugama di sisi Allah adalah Islam

ini dari ayat al quran yang selalu kita wiridkan selepas solat

bukannya cakap kedai kopi






Salahke seorang  Melayu di lahirkan dari kalangan Islam?

Itu kan nikmat, bukan semua manusia dapat nikmat ini.









Sabtu, 3 November 2012

nama pun akta kilang dan jentera

kalau tidak selain dari lesen memandu awak perlu dapatkan sikil perakuan kecekapan injin pembakaran dalam bila mengendalikan injin kereta

Jumaat, 2 November 2012

aku takut

mock oral dan mock exam dah......


sampai hari ni aku takut nak semak kertas mereka.

Ahad, 28 Oktober 2012

the way you make feel

esok lusa nak korban kena pakai karan



feedlot kan ada, takkan tak boleh impot dari negara lain,siam pun banyak lembu

Rabu, 24 Oktober 2012

hujung yang mana

sedari kecil, seingat aku ramai yang tiba garisan penamat

dan kini, aku masih lagi melihat ,mendengar, mengetahui tentang peristiwa yang berkaitan dengan hujung ini.


Allahummakhtimlana bihusnil khatimah, wala takhtimalaina bi su'il khatimah

Selasa, 23 Oktober 2012

hujung

bunga bunga rampai bertaburan

sayang pandan yang diracik  bunga kertas di cincang


membazirnya..

Isnin, 22 Oktober 2012

ZULFAHMI anda berjaya

tahniah zul,anda  mampu .biar  tak berdiri di podium.

Ahad, 21 Oktober 2012

merekalah juara

kalau permainan gini diteruskan, aku percaya kejayaan milik mereka sampai 2020.semua pemain dah layak untuk datukship...biar sebaris dengan datuk nicholl

mangga, semangka

kak, minta jus mangga (sebut tanpa g ditebalkan)


yang tiba jus warna merah ada biji tembikai di dalamnya




kak ni jus apa ni?



semangka.....


?????!!!!

Sabtu, 20 Oktober 2012

seiya sekata

seiya dan sekata:permukaan bilah tarbin,impeller,volute,dan permukaan dalam paip, dan apa sahaja yang yang berkaitan, amat perlu .bincangkan .


maka ide ide bernas disuarakan.

aku hairan ,

Khamis, 18 Oktober 2012

enggang dan pipit

kadang kadang berkawan dengan elit, baru kita tahu yang kekurangan dan kelamahan kita

elit yang dimaksudkan adalah para para bijak pandai

kadang kadang mengah mengejar cuba memahamkan apa yang diperkatakn.

seolah lepas a terus z, yang kita baru nak melangkau b, ia dah habis


tengah google ni...

ekor mata sahaja

peristiwa berlalu
aku kerling dengan ekor mata sahaja
membuak buak perasaan di dada
aku biarkan saja


aku perlu fokus pada satu perkara

Selasa, 16 Oktober 2012

perah sehabis boleh

salah satu pelajaran yang aku dapati dari pengalaman bersama semiconductor industry mengatur semula kala penyelenggaraan.

Isnin, 15 Oktober 2012

power plant pun boleh menopause

berita terkini aku dengar

agak menyedihkan


tempat kerja lama aku...ala tempat jatuh lagi dikenang tu..akan di hentikan operasinya pada 2013 akhir september.


aku sedih sebab aku pernah menyelenggara juga menegendalinya  pada hemat aku yang disokong oleh pakar penaksir loji ni mampu berkhidmat puluhan tahun lagi sebelum besinya mengeringkut.


padaku dengan pelaburan yang telah disumbangkan masih lagi boleh diperah hingga ke titisan terakhir, malahan jangkauan separuh abad lagi.



memang ada backup 1400 mw dari tanjung bin yg belum digunapakai

tapi aku percaya kepakaran tenaga pekerjanya masih lagi diperlukan di loji lain

semoga dipermudahkan laluan kalian, aku yakin kecerahan menenti anda.


indah khabarnya

semasa  lawatan  ke sebuah kilang

terpacul soalan

encik stim bocor ni tak apa ke?


ini semua kena kira kos


kalau repair perlu shutdown

bila shutdown proses producion terganggu

keadaan ideal dan actual 

jalan kamu baru nak bermula

Jumaat, 12 Oktober 2012

lawatan

2 jam melawat,takkan dapat cover semua

Ahad, 7 Oktober 2012

hari tu encik cakap gini

hari tu encik cakap boiler ada steam drum mud drum, kenapa yg ni takda?


soalan jujur

jawapan perlu jujur juga

dalam dunia ni ada berbagai design dandang

ada variasi
ada yg ada superheter ada yang ada primary dan secondary superheater
ada yang ada evaporator
ada yang ada mud drum ada yang hanya bottom header
ada yg superheater di laluan flur gas ada yang dalaam furnace ada yang punya penunu ada yang tuada

kita di lahirkan di masa yang jauh dari tarikh awal manuasia mereka dandang
dari tarikh itu hingga kini

ubah suai, kemaskinni ,reka bentuk ,flow path juga komponen berubah,

masalah yang dahulu kritikal sekarang ni enteng
penemuan bahan baru, kaedah baru, rawatan baru ,bahanapi baru
masalah baru


8 jam masa untuk berceritera boleh sentuh sejarah ratusan malah ribuan tahun?


apa kata saya begi seminggu, awak e mailkan saya apa yang awak nak tahu tentang dandang, setakat mana seawal mana  sejauh mana,sekini mana?


stakat mana ilmu manusia hingga boleh membukukan buku rujukan selamanya diguna pakai?

saat ini manusia berpendapat gini, esok mungkin di mansuhkan atau di sangkal.

Khamis, 4 Oktober 2012

sampaikan

aku sampaikan apa yang aku tahu
sebenar mungkin.

benar tika aku menerima pengetahuan itu, benar ketika maklumat si penyampai sampaikan pada aku.

hakikatnya masa berlalu.

40 tahun dahulu, tiada satu cooling tubes di condensor yang diperbuat dari titanium,


hanya naval brass, cupro nickel dan carbon steel.

15 tahun lalu, titanium tube sudah mula kedapatan.

begit juga impulse profile yg tulen hanyalah teori
praktiknya 50 % reaction profile.

Khamis, 27 September 2012

bukan nak jadi suami saja perlu stamina

nak belajar pun perlu.


nak jadi pekerja cemerlang pun perlu



bayangkan air setitik yang  dalam dandang,dari deaerator, economizer dari evaporator, dari steam drum ke superheater (dalam rupa stim) akhirnya ke tarbin


bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla
bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla
bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla
bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla
bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla
bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla
bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla
bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla
bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla
bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla




zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz




laa tidur

Ahad, 23 September 2012

2.kun fayakun

haidrogen adalah gas dalam suhu bilik pada tekanan atmosfera
oksigen pun gas dalam suhu dan tekanan sda.

air gabungan h dan o mengikut nisbahnya  pada suhu dan tekanan sda   cecair


subhanallah


next kita tengok asid

1.dandang dan cerek

salah satu ujian dalam kecekapan jurutera stim

bezakan keduanya menurut persepsi pemeriksa jurutera stim

tak de makna nya

hanya nak kabar  yang aku akan bicara dandang dan sangkut pautnya

moga kurang sakiti orang

bukan sambungan

ini bukan  rantaian  entri
bukan nak pancing undi
bukan kisah sensasi
bukan juga ftnah tohmah
bukan juga adu domba

tapi kisah aku dan anwar


dalam beberapa detik  hidup aku secara berdepan kami bertemu

silap, aku saja yg bertemu, dia mungkin tak nampak aku, kira satu pihak sahaja

hanya tembong mata, aku nampak mata dia, dia?  entahlah, mungkin hanya imbasan   yang tak terlekat di memorinya.



di markaz abim, kuala kangsar,beliau dan isterinya wan azizah

kedua di sabah,ini dari jauh,aku tak nampak matanya.

ketika itu  aku berkerja di sabah







monolog; mu jangan cari pasal :pendahuluan

sebenarnya aku  cinta keamanan, mudah tersenyum,suka berkawan

janganlah ketawa...ini yg selalu dikatakan orang...sebelum ......


aku  bukannya berani  sangat

sampai sekarang aku tak bungee jumping
atau duduk dalam kandang rimau

tapi aku juga taklah takut sangat, sikit  sikit
kalau takat angsa nak sudu
hah .....

kaang kadang aku lantang bersuara bukan saja dalam fb atau blog atau emel

tak lah sampai frekuensi bekalan elektrik

bila mana tak dapat aku terima kenyataannya


kan ke sampaikan walau pahit

mungkin cara tak kena

Sabtu, 22 September 2012

kak

kependekan kencing atas kubur



maaf ini bukan isu politik ke hapa
ini isu ungkapan tiga patah perkataan tersebut


aku mengaku ada guna ungkapan ini dalam fb



aku telek balik bila masa aku diperkenalkan dengan ungkapan ini


dari kecil lagi rupanya


apa isu yg menenybabkan ungkapan ini terutar


isu tanah pusaka

aku pick up semasa perayauan aku di sebuah kampung yg pernah aku menjadi pemastautin


bukan mount austin ye.


aku tak pasti samada kubur defendan dikencing atau tidak,

tapi memang taboo bagi aku



Jumaat, 21 September 2012

kering ingat

keringat pun ya
pelupa pun ya
neuron neuron mendak ke dasar  macam hard scale dalam superheater tubes
mengurangkan kecekapan pemindahan haba antara  luar ke dalam dan sebaliknya

aku lupa hari ini jumaat, mujur juga isteriku yang perkasa memberi peringatan
gamaknya marah malam berlalu gitu saja.


aku sebenarnya amat sibuk dengan persediaan ngajar sambil berdiskusi dalam forum  pemerkasaan injin pembakaran dalam/luar, dandang stim .

tidaklah  bermakna aku ni jagoan,tapi sedikit sebanyak aku cuba kongsikan  bersama apa yang ku tahu, yang tidak sebanyak manapun.

setelah menerima peringatan tadi aku berjalan ke masjid.
maka berjalanlah seorang obes dengan kelajuan minima agar tiada amplitude dan magnitude  vibration yang teramat sehingga mencecah skala richter.

angin dengan kelajuan   skala beaufort 4,jangka aku, sebab kain pelikat dah macam layar, mujur hala setentang, kalau dari bawah.....macam marylyn munroe, terkepit kepit menahan kain dari terselak
.

setibanya di masjid, azan pertama dilaungkan.

keringat mencurah sehinggalah selesai solat.bajupun lencun, mujur biru muda, kalau putih,pasti terbayang jelas apa yg disalut.
itupun beberapa gadis ( aku sangka baik) yg lalu berselisih...senyum tersipu malu. aku tak pasti kenapa mereka tersipu,bukannya aku macam bradd pit  dalam troy


Khamis, 20 September 2012

pering brsar (should be perang besar, tq ron)

annuar! sakitlah mak....!

Aduh!


aku pantang betul kalau anak nak aku mendera ibunya...
annuar yg istimewa, autistic yg hyperserta compulsive...bila nak...means nak...time to response...NOW!


aku yg sayangkan bini...terus melompat dari pembaringan...tempuh masa taklah sekelip mata...berpuluh kelipan mata jga aku nak bangun dari pembaringan.
maklum sahaja badanku yg agak enermous ini..tapi bila dah brgerak..momentumnya membawa aku terus ke antara mereka, momentum itu jug menyebabkan annuar  tercampak  taklah sejauhmana dua tiga depa je sebab annuar pun enermous juga bahkan lebih enourmous dari aku..


nak apply fizik m1v1 dan m2v2...applylah   go figure.


Ouuch! Annuar dengan oh my englishnya..

hasilnya akuyang terkulat kulat...kena lecture dek cikguku...


tak, bukan queen control, tapi aku sayang bini...



pizza domino 2 untuk pujuk annuar dan ibunya.

tekong

tekong
 terlolong
macam polong
minta tolong
tercucuk duri menerong
di kuala plentong

lari dari dikepung
tanpa jamong
lima kilo dari senibong
tiada mael lambung
nak minta tolong

semua lorong sudah dipaitung
dek imigresen  along dan polis sebondong
harapkan duit sekarung
kot boleh sorong
 buat buka lorong

rupanya sepupu mael lambung
ada tergolong
tak boleh tolong
mael lambung  tak makan rasuah , bung



Isnin, 17 September 2012

cikgu

perangai anak murid satu hal

perangai penjaga ibubapa murid satu hal
 perangai ppd satu hal perangai kementerian satu hal
perangai media satu hal
lately
perangai jurutera


sabar cikgu, teruskan ....


http://www.youtube.com/watch?v=JOVQ4vAmM7Y

Jumaat, 14 September 2012

nak lentur masa rebung kan?

ini dah perrdu balak....nak lentur ke hapa....chain saw je.....


budak budak tak fikir kalau orang ramai pakat belasah bapak dia orang macam tu...depa suka ke...



hidup segan mati tak mahu

translate kedah: hidup malas mati tak  mahu

translate tempat lain mungkin hidup malu mati tak mahu

i rest my case your honour


btw
 kelmarin tv 3 puji kelanntan...( polis dia je) boleh masuk hari ini dalam sejarah....


for me, rakyat dah pilih kerajaan negeri, redholah...baik buat kawan dari lawan......

satu lagi selangor dah ada  kerajaan deme...kuasa deme nak bubar ke tidak...ikut rasa deme, kan ke hak deme....


isu air?   yg komplen minoriti, majoriti tak kisah...


so leave it be...


ambil iktibar, next time kalau ada rezeku pegang tampuk, buatlah baik baik...

naaaa.

boleh jalan


perjalanan  molikul H2O  bermula dari rahmat Tuhan yang menurunkan hujan kepda kita .Dengan limpah kurniaNya maka SAJ,SYABAS  dan seumpamanya dapat bekalan air mentah(walau telah dirawat oleh syarikat bekalan air) dikira masih mentah untuk dandang, perlu  dituras di gravel filter, dituras di Activated carbon filter,di nyah ion di cat ion vessel,kendian oleh anion akhirnya di mixed bed dan dikumpulkan di demin tank. Dandang adalah litar tertutup pada dasarnya, dimana setiap titik air yang dijerang menjadi stim akan kembali menjadi air di condenser.Harapannya begitulah, tetapi hakikatnya tidak. Ada air tang dinyahkan dari litar tadi melalui vent, drain dan blowdown, termasuk juga untuk sampling untuk pengawasan kualiti air dan stim,yang terlepas di flash tank,safety valve discharge, air ejector sepator vessel, valve gland leaks dan yg paling tidak disukai kebocoran  pada komponen dandang,tarbin dan sokongan.
1.Bergantung pada reka bentuk sistem,ada yang air dari demin hanya untuk menampung  hotwell condensor.dari condensor  ke condensate preheater daan seterusnya ke komponen lain dalam sistem tersebut.
2.Ada sistem yang dari demin tank ke condensor hotwell terus ke Gland steam condensor,ke LP heater,ke deaerator,Ada juga yng ke HP heater sebelum deaerator. Feedwater pump menambah tekanan untuk mengatasi tekanan  steam drum. Kendian ke steam drum, ada cabang ke Economizer, kendian balik ke steam drum.
3.Dari Steam drum ke Primary  superheater ke secondary superheater, ke tarbin
Ada juga sebelum ke tarbin ia bercabang ke dsuperheater dimana steam diturumkan tekanan , atau suhu, sebelum diagih ke kumpulan steam yang berbeza ssuai dengan kegunaanya.

Pendekata anda akan dapat pelbagai variasi.

Moh jumpa 21 September  ni ...Insya Allah .

Khamis, 13 September 2012

sajak :aku yang diasingkan

bila diasing

selalu kena lesing

sampai mersing

pusing
berdesing
macam gasing

lari pitching

suara tak garing
kering
boring

jom lari ke poring
airnya pouring
always running
naik pening


pi la kerling
kena jeling
naik juling
lubuk casting
kaki pancing

jangan kencing
di air not flowing
itukan tempat jin living

nanti bunting
terpaksa gi camping
kat rumah tok batin(g)
di ulu perling


kering
di lereng
yang mereng
bersama piring
berisi jering
hancing